suria

3 keluarga huni satu flat... Wanita stres ragam mentua, ipar! Kena bertudung 24 jam, terpaksa tahan lapar sampai gastrik

Seorang wanita tidak dapat menahan tekanan terpaksa tinggal dalam suasana keluarga sanwic. -Gambar hiasan

KADAR sewa rumah yang tinggi terutamanya di bandar-bandar besar membuatkan ada keluarga yang terpaksa tinggal beramai-ramai dan berhimpit (sandwic) di sebuah kediaman kecil.

Ternyata situasi ini bukan sahaja menjejaskan kualiti hidup kerana tiada keselesaan, malah turut memberi kesan terhadap mental setiap individu dan proses pembesaran anak-anak.

Apabila berlaku keadaan seperti ini, setiap penghuni tidak akan merasai waktu tenang atau suasana harmoni, jauh sekali privasi.

Terpaksa bertudung di rumah kerana tinggal bersama ipar duai dan anak-anak buah sudah remaja membuat wanita ini tertekan. Gambar hiasan

Terpaksa bertudung 24 jam di rumah membuatkan seorang wanita tertekan. -Gambar hiasan

Bagaimanapun, masalah inilah yang perlu dihadapi oleh seorang wanita yang terpaksa tinggal di rumah flat milik mentuanya bersama suami dan seorang anak berusia sembilan bulan.

Jelasnya, jumlah keseluruhan penghuni rumah tersebut adalah sembilan orang, termasuk mereka tiga beranak, ibu dan bapa mentua, ipar serta anak-anak lelaki mereka yang sudah besar.

Keadaan rumah yang padat itu membuatkan dia tertekan sehingga ada ketikanya timbul rasa marah terhadap suami walaupun mendakwa lelaki itu bertanggungjawab dan baik.

“Korang rasa boleh ke saya bertahan dengan suami saya? Suami saya baik, tapi kami terpaksa duduk rumah ibu mentua, dalam satu rumah flat ada sembilan orang.

ARTIKEL BERKAITAN: 10 tahun tinggal sebumbung, wanita terasa hati mentua suka hempas barang!

ARTIKEL BERKAITAN: Busuknya hati adik ipar! ‘Ajar’ abang suruh isteri bayar separuh komitmen bulanan, hasut jangan tanggung semua ‘loan’

“Saya juga tinggal bersama ipar yang ramai dan anak buah lelaki semuanya sudah besar. Saya tertekan rasa macam tak bernafas nak buat apa-apa.

“Malah, saya terpaksa pakai tudung 24 jam. Barang masak semua tunggu saya beli dan ada ketika saya terpaksa menahan lapar sehingga gastrik,” ujarnya.

Bercerita lanjut, dia juga mendakwa tidak diberikan kebebasan termasuk dalam perkara kecil seperti memasak, sebaliknya perlu mengikut selera keluarga.

Dakwanya lagi, ibu dan bapa mentuanya juga gemar masuk campur cara dia menguruskan anak, seolah-olah dirinya bukan ibu yang baik buat bayi lelakinya.

Saya juga tinggal bersama ipar yang ramai dan anak buah lelaki semuanya sudah besar.

MENANTU

“Saya nak beri anak saya makan kenA perli dengan ibu bapa mentua saya. Kata mereka anak saya tak suka masakan saya.

“Nak beri bubur anak saya bosan tapi anak belum ada gigi, mereka suruh saya buat nasi lembik dengan lauk.

“OkAy saya buat, tapi anak tak nak makan juga. Dia (anak) tak boleh telan, akhirnya Nestum juga yang dia makan,” ujarnya lanjut.

Menurut wanita ini, selepas berkahwin dia dan suami tidak sempat merancang keluarga apatah lagi menyediakan tempat tinggal yang sempurna.

Wanita ini memberitahu hubungan dia dengan suami baik-baik sahaja. Gambar hiasan

Hubungan dengan suami boleh terjejas disebabkan banyak faktor. -Gambar hiasan

Bertambah buntu apabila suami enggan berpindah keluar dan berjauhan dengan keluarga.

“Masalahnya suami tak nak berjauhan dengan keluarga kerana jika berlaku apa-apa keluarganya ada, contohnya nak pinjam kereta ibunya. Kami ada motosikal sahaja.

“Bukan tak nak cari rumah lain, sewa di sekitar Kuala Lumpur RM600 ke atas. Saya harap lepas tamat belajar suami nak cari rumah lain lebih selesa tahun hadapan,” katanya.

Bercerita tentang keluarganya sendiri, wanita ini memberitahu dia tidak mahu tinggal bersama mereka kerana bapanya sering meminta wang.

“Saya bukan tak nak duduk dengan ibu bapa saya, tapi bapa saya selalu minta duit, marah kalau tak beri kepadanya.

“Sebab itu juga saya nak larikan diri daripada bapa. Saya ibarat diluah mati emak ditelan mati bapa,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain