suria

Pasangan muda lebih penting makan... Isteri hirup sup panas sambil riba bayi, suami pelahap tak toleh kiri kanan

Suami isteri seharusnya bergilir menjaga bayi ketika menjamu selera di restoran. -Gambar hiasan

TUGAS menguruskan anak-anak tidak sepatutnya digalas oleh isteri semata-mata.

Sebaliknya, suami juga perlu membantu agar isteri tidak terbeban dengan tugasan seharian yang tidak pernah berkesudahan.

Di Facebook, seorang wanita turut berkongsi kisah mengenai pasangan muda yang ditemuinya ketika dia menjamu selera di sebuah kedai makan.

Top 10 story on 10 Ways to be Good Customers.

Tanpa kehadiran suami, isteri pasti berdepan kesukaran untuk menjaga anak sendirian. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, dia kurang senang melihat seorang suami menjamu selera tanpa menghiraukan isteri yang perlu 'berperang' dengan kerenah anak kecil.

"Kat kedai makan, akak nampak ibu riba anak sambil hirup sup. Bapa lagi enjoy makan tak tengok kiri kanan. Dua-dua mak bapa ni akak rasa nak tarik telinga.

"Pilihan pertama, ibu atau bapa boleh makan dulu, bergilir jaga baby. Pilihan kedua, letak anak di stroller dengan jarak selamat.

Jangan beranak kalau belum sanggup korbankan kepentingan diri.

WANITA FACEBOOK

"Kenapa hirup sup sambil dukung baby? Bayangkan kalau sup panas-panas tertumpah atas baby atau cili pedas jatuh atas mata anak," tulis wanita itu.

Dalam hantaran sama, wanita itu menasihati golongan ibu bapa agar menitik-beratkan soal keselamatan anak.

"Ibu muda dan ayah muda, mohon ada common sense mengenai perkara ini. Tak mati pun kalau lambat makan sebab gilir jaga baby.

ARTIKEL BERKAITAN: Dimaki sebab mengidam roti canai, sampai sekarang dendam dengan suami! Terbongkar ramai lelaki sanggup kasari isteri hamil

ARTIKEL BERKAITAN: Suami isteri tinggalkan kerja makan gaji lepas balik umrah, kini gembira buka gerai di kampung... Khemah dibadai ribut tetap senyum

"Akak dah tak tahan tengok. Mula niat nak minta ribakan baby mereka. Tapi nanti viral dianggap busy body atau cuba nak kidnap baby pula.

"Akak tulis kat sini supaya kalian pesan saudara mara kita. Bab keselamatan jangan ambil ringan. Jangan beranak kalau belum sanggup korbankan kepentingan diri.

"Kesian kat baby didedahkan risiko persekitaran tidak selamat," tulisnya lagi.

Restaurant staff seen scooping rice and dishes for customer. — YAP CHEE HONG/The Star

Suami tidak seharusnya membiarkan isteri menjaga anak seorang diri. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, ramai pelayar Facebook turut memberikan pendapat mereka berhubung perkongsian wanita itu.

"Datang dah spesies duduk perhati hidup orang hanya untuk judgement macam dia terpaling perfect.

"Senang kata kalau awak tak ada dalam keluarga tu, berhenti hakimi mereka. Bukan masalah tak mati kalau makan bergilir, kadang demand anak ni lain-lain.

"Nasib baik aku jenis menyabar tunggu suami habis makan dulu, makan gilir-gilir jaga anak," tulis netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain