MENGHANTAR anak ke rumah pengasuh atau taska di awal usia adalah senario biasa buat ibu bapa bekerja. Namun proses untuk mencari pengasuh atau prasekolah yang serasi dan boleh menguruskan anak sering menjadi cabaran utama buat ibu bapa. Seperti pengalaman dirasai seorang jurusolek di sekitar Pulau Pinang dikenali sebagai Zaishuhada ini, dia terkejut dan buntu dengan tindakan sebuah prasekolah yang enggan menerima anak lelakinya kerana dikatakan kerap menangis. Kata wanita itu, anak lelaki sulung berusia hampir tiga tahun berkenaan gagal pada hari pertama proses percubaan yang sepatutnya berlangsung selama seminggu. Bukan senang untuk mencari orang serasi menjaga anak-anak kecil sepanjang ketiadaan ibu bapa. - Gambar hiasan “Saya terkedu. Ini kali pertama hantar anak saya ke prasekolah untuk sesi percubaan. Januari 2025 ini dia (anak) tiga tahun. “Masa nak ambil balik dari sekolah, cikgu cakap tak payah hantar lagi sebab anak menangis. “Normal tak anak menangis kalau kali pertama duduk dengan orang baharu? Ada seorang lagi ibu bapa kena ayat sama. Saya bingung tak tahu bagaimana,” ujarnya menerusi satu platform media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Sabar je la! Pengasuh baik sangat, bayi tak nak balik dari taska... ibu pasrah yang penting anak wangi, badan ‘clear’ tiada kesan cedera ARTIKEL BERKAITAN: Taska pengotor! Wanita terkejut tengok anak-anak asuhan makan kongsi sudu... Patut la senang sangat dapat penyakit Tambawah wanita tersebut, sikap yang ditunjukkan cikgu di prasekolah berkenaan ternyata berbeza dengan ketika dia mendaftarkan anaknya di sana. “Masa kali pertama jumpa cikgu untuk bincang dulu saya dah tanya macam mana kalau dia (anak) nangis. Risau juga sebab sebelum ini anak tak pernah hantar ke pengasuh. “Tapi cikgu yakinkan saya, katanya nanti apabila anak dah jumpa kawan-kawan dia akan okey... seronok bermain dengan kawan. “Sebenarnya saya okey lagi kalau dia cakap nanti tempoh percubaan kita tengok terlebih dahulu okay ke tak, baru buat keputusan,” luahnya yang meminta pandangan ibu bapa lain. Mereka mengaku cikgu yang uruskan anak-anak berusia antara tiga hingga empat tahun itu adalah cikgu baharu. ZAISHUHADA Mengimbas kembali situasi pada hari pertama di prasekolah itu, wanita tersebut berkata ia bermula dengan baik apabila anaknya dilihat pandai membawa diri. Malah dia sendiri berharap prasekolah terbabit memberi peluang kepada semua kanak-kanak termasuk anaknya untuk melalui proses suai kenal dan penyesuaian diri ketika ibu bapa tiada di sisi. “Saya hantar dia dan tunggu sampai pukul 9 pagi, tengok dia okay ke tak sebelum saya balik. “Kemudian, anak masuk ke kelas masing-masing, saya nampak dia seronok bermain dengan mainan baharu dan kawan-kawan, lalu saya balik dengan tenang. “Tapi apa-apa pun sepatutnya seminggu percubaan, kalau dua tiga hari masih tak ada perubahan saya faham maksudnya anak tak boleh,” terangnya lanjut. Ramai ibu bekerja terpaksa berhadapan dengan dilema untuk meninggalkan anak mereka. - Gambar hiasan Wanita ini bagaimanapun menegaskan dia tidak menyalahkan pihak guru kerana faham menguruskan anak kecil di prasekolah ada banyak cabarannya. Namun sebagai ibu dia sekadar mahu memahami tentang prosedur menghantar anak ke prasekolah kerana ia pengalaman pertamanya. “Saya tak salahkan prasekolah berkenaan atau cikgu sama sekali. Sebab mereka mengaku cikgu yang uruskan anak-anak berusia antara tiga hingga empat tahun itu adalah cikgu baharu. “Mungkin tak ada pengalaman lagi. Tapi, sekolah tu dah beroperasi selama 10 tahun. “Cuma tertanya-tanya, prasekolah lain pun kalau anak menangis pada hari pertama, adakah memang tak ada peluang kedua untuk pantau sementara mereka serasi?” luahnya sambil memaklumkan dia yakin anaknya seakan memiliki sikap ekstrovert. Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya meminta wanita berkenaan mencari prasekolah lain yang lebih bersedia menguruskan ragam kanak-kanak. Rata-rata berpendapat prasekolah yang diceritakan itu menunjukkan tanda red flag kerana menolak permohonan untuk belajar di sana hanya disebabkan seseorang pelajar itu menangis. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube