KISAH mengenai pembedahan hidung semakin rancak dibahaskan sejak seorang usahawan terkenal mendedahkan perbualan bersama bekas isterinya di media sosial. Kekecohan itu membuatkan seorang wanita di Threads terpanggil untuk berkongsi pengalaman membabitkan rakan sekerjanya yang dinamakan sebagai Dila (bukan nama sebenar) yang didakwa membuat perubahan terhadap fizikalnya. "Saya ada berkawan dengan seorang ni masa dia berkulit gelap, gempal dan hidung kembang. Saya ni bukan jenis tenung orang sebab saya berkawan ikhlas kerana hati. "Langsung saya tak kisah status kejayaan dan sebagainya. Hari demi hari, orang sekeliling tegur cakap Dila makin cantik dan lawa. Saya perasan, dia dari gempal tapi dah kurus. Rajin pergi gim budak ni. Seorang wanita tidak mengaku selepas dituduh membuat pembedahan plastik. -Gambar hiasan "Satu hari saya terdengar orang cakap rupanya Dila ubah semuanya. Saya ni jenis tak ambil kisah dan saya tak rasa pun benda tu sepatutnya jadi masalah," ujarnya memulakan cerita. Bagaimanapun menurut pengadu, orang sekeliling begitu berminat dengan cerita kononnya Dila melakukan pembedahan plastik untuk tampil cantik dan menawan. Menyedari tentang kekecohan itu, Dila mula bersuara mengenainya. "Satu hari tu, Dila cerita dengan saya yang ramai tak puas hati dia dah berubah. Serius dia cantik sangat sekarang. Kulit sudah cerah, kurus dan hidung pun tak la sekembang dulu. Saya ni kan 'lurus'. ARTIKEL BERKAITAN: Habiskan 700K, pempengaruh sanggup jalani lebih 20 pembedahan kosmetik ARTIKEL BERKAITAN: Minah salih puji hospital Malaysia, kagum staf cekap buat kerja... Pagi sakit teramat, malam selamat jalani pembedahan "Otak saya automatik fikit... hidung tu mesti kurus sekali. Ya, saya selurus itu. Kemudian saya terdengar tohmahan yang Dila tu buat badan, maksudnya pembedahan 'plastik' la. Saya rasa Dila ni tahu saya lurus. "Dila yakinkan saya cakap semua yang dia ada sekarang natural... awak ingat saya tak tahu dosa ke? Tapi apa yang saya tahu, orang rapat dengan Dila beritahu yang dia memang mengubah diri dia," ujarnya lagi. Namun menurut wanita itu, dia memilih untuk tidak mengulas lanjut selepas mendapat jawapan daripada Dila yang menafikan sekeras-kerasnya dakwaan orang sekelilingnya. Malah baginya sendiri, dia juga pernah berhasrat untuk melakukan pembedahan pada bahagian hidungnya namun tidak meneruskan haratnya itu. Tapi memang saya perasan kalau gemuk, hidung kembang sikit. NETIZEN "Saya cakap dengan diri sendiri, tak apa la kalau Dila tipu saya pun, tanggung la dosa tu sendiri. Tapi ingat saya tak nak ke buat hidung ni? Saya stres tau nak pakai kaca mata asyik jatuh. "Ustaz pun pernah cakap kalau itu tujuan saya nak buat hidung, boleh. Tetapi saya tak nak buat sebab saya rasa benda tu tak betul. Allah dah jadikan kita sempurna. "Sebab apabila kita ubah, kadang-kadang yang suka dekat kita ni akan jadi sementara. Ingatlah jika nak ubah apa-apa, Allah tu lebih mengetahui," katanya lagi. Perkongsian wanita itu meraih pelbagai reaksi warga maya yang turut memberikan pendapat masing-masing. Komen netizen di Threads. Menurut seorang netizen di ruangan komen, saiz hidung juga boleh mempengaruhi sekiranya berlaku penurunan berat badan. "Tapi memang saya perasan kalau gemuk, hidung kembang sikit. Kalau kurus dia mengecil walaupun nampak kembang. Cuma kalau dibuat tu nampak sangat la. "Gelap la, gempal la... menyebabkan orang kurang yakin dan cuba untuk ubah bila dapat peluang. Kalau belajar agama, tu semua haram," komen seorang netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube