suria

“Belum kahwin, panggil cik” - Wanita ‘tersalah bual’, kena marah tegur orang ‘puan’... Niat nak hormat tapi disalah erti

Penggunaan gelaran atau kata ganti diri tertentu tidak merujuk kepada status perkahwinan. -Gambar hiasan

DALAM kebanyakan situasi panggilan sapaan seperti puan dan cik digunakan bagi menunjukkan rasa hormat tanpa mengaitkan status perkahwinan seseorang.

Namun seorang wanita meluahkan rasa terkilan apabila niat baiknya untuk menghormati individu lain disalahertikan.

Menurut cerita wanita dikenali sebagai Syarifah dalam perkongsian di TikTok, tindakannya memanggil seorang wanita lain dengan panggilan 'puan' tidak disenangi individu berkenaan.

Panggilan puan atau cik adalah berbeza bergantung mengikut kesesuaian dan keadaan. -Gambar hiasan

"Baru saya tahu rupanya tak boleh panggil orang dengan gelaran 'puan' sesuka hati. Saya ni panggil puan sebab hormat. Tapi kena sound (tegur) pula... katanya dia belum kahwin jadi kena panggil cik.

"Tapi patutnya kena ikut common sense (logik akal) la, takkan pula saya nak tanya tentang status perkahwinan dia pula," katanya meluahkan rasa terkilan.

Tambah Syarifah, dia sendiri pernah berdepan situasi sama iaitu disapa 'puan' walaupun hakikatnya masih muda dan belum berkahwin.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita tak terima hakikat dah tua, terkejut belia 20an salam cium tangan... Belum kahwin tetap dipanggil makcik!

ARTIKEL BERKAITAN: Hati-hati nak panggil orang ‘akak, makcik’, tak semua wanita selesa... Boleh hilang ‘mood’ jika tersalah tegur

Katanya panggilan 'puan' kedengaran lebih sopan selain sebagai tanda hormat pihak lain kepadanya.

"Saya dulu belajar diploma tahun 2010, umur pun baru 19 tahun. Masih bujang lagi.

"Masa berurusan nak buat lawatan sambil belajar dekat kilang, pegawai di situ panggil saya puan. Saya ok je dengan panggilan tu.

Saya biasakan diri panggil cik berbanding puan sebab kebanyakan bagi yang sudah berkahwin, mereka tak marah kalau kita panggil cik.

SYARIFAH

"Siap bangga sebab rasa orang hormat. Tapi tak apa la, saya minta maaf sebab saya tak panggil awak cik," kata pengadu tanpa mendedahkan mengenai individu yang diceritakannya itu.

Luahan yang dibuat Syarifah meraih pandangan berbeza-beza dalam kalangan netizen.

Rata-ratanya turut meluahkan bahawa mereka sebelum ini pernah berdepan situasi sama dengan Syarifah itu.

Komen netizen di TikTok.

"Saya suka dipanggil puan walaupun belum berkahwin sebab nampak macam disegani dan dihormati.

"Tapi saya biasakan diri panggil cik berbanding puan sebab kebanyakan bagi yang sudah berkahwin, mereka tak marah kalau kita panggil cik.

"Lagi-lagi yang baru lepas cerai. Kita panggil puan sebagai panggilan formal. Sekali kena sound... dia tanya pula sejak bila bersuami? Saya tak ada suami panggil saya cik," demikian antara komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain