suria

Niat nak halalkan 20 sen terbantut, peniaga air tiba-tiba disergah pelanggan... Tak puas hati dapat duit koyak!

Duit syiling amat diperlukan para peniaga untuk baki wang kecil. -Gambar hiasan

BERDEPAN dengan pelbagai ragam dan kerenah pelanggan menjadi lumrah buat para peniaga.

Lebih mengecewakan apabila kebanyakannya ada hubung kait dengan soal adab sesama manusia.

Pengalaman itu dilalui sendiri oleh seorang peniaga ketika dia berurusan dengan pembeli yang mahu membeli air minuman di premisnya.

"Ada la satu couple ni datang beli air. Harga air RM9.20, lepas tu dia bagi RM10. Jadi, baki untuk dia adalah 80 sen.

"Tapi dalam laci cashier tak ada syiling, jadi aku minta dia... ada 20 sen tak? Dengan muka kerek (sombong), dia kata tak ada," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Peniaga berdepan dengan pelbagai ragam dan kerenah pelanggan. -Gambar hiasan

Tanpa mendedahkan lokasi premis perniagaannya, dia kemudian memilih untuk memulangkan wang baki kepada pelanggan berkenaan dengan menggenapkan jumlahnya.

"Kalau tak ada, aku genapkan la terus baki dia jadi RM1," ujarnya yang secara tidak langsung bermaksu harga minuman tersebut diberi diskaun sebanyak 20 sen menjadi RM9.

Tiada ungkapan terima kasih yang dibalas, sebaliknya pelanggan itu secara tiba-tiba meninggikan suara sebaik mengambil wang baki daripada tangannya.

ARTIKEL BERKAITAN: Pelanggan hulur RM100, rider gelabah cari duit baki masa hujan lebat... Tak sangka ada habuan tengah malam! “Rezeki kau dik rajin kerja”

ARTIKEL BERKAITAN: Pekerja kurier gelabah pelanggan COD ‘complain’ baki tak cukup, risau amanah kerja - “Aku bukannya berkira cuma nak tahu”

Setelah diteliti, dia sendiri tidak menyangka terdapat kesan koyak kecil pada wang kertas RM1 yang diberikan kepada pelanggan tersebut.

"Duit RM1 tu koyak sikit je, tiba-tiba nak naik suara... dik awak tak ada seringgit lain ke? Koyak ni.

"Aku pun (dalam hati) eh rileks la, aku dah halalkan 20 sen lagi nak pertikai. Aku terus bagi baki dengan syiling 5 sen untuk cukupkan baki 80 sen dia," jelasnya.

Duit rosak ni kadang orang suka selit-selit masa nak bagi baki.

NETIZEN

Keadaan itu membuatkan dia terfikir dengan sikap segelintir pelanggan yang tidak berpuas hati mengenai perkara remeh.

"Aku perasan je, pelanggan ni... kalau kurang 5 sen nak marah-marah, tapi apabila dapat ekstra 20 sen atau 10 sen, mereka buat-buat tak nampak je.

"Tak ada pun nak cakap... eh awak terbagi saya lebih syiling ni. Pada aku, tak ada istilah customer is always right," katanya lagi.

Pasangan bercinta menghabiskan masa bersama. -Gambar hiasan

Luahan peniaga itu mengenai sikap pelanggan berkenaan kemudian meraih pelbagai reaksi dan pandangan netizen di ruangan komen.

"Duit rosak ni kadang orang suka selit-selit masa nak bagi baki. Aku ni sampai kena perli dengan makcik nasi lemak sebab bagi duit koyak RM5, koyak secoet je kot.

"Sebagai pelanggan, dia ada hak nak tolak RM1 tu. Jika awal-awal awak cakap tak ada duit syiling, dia mungkin halalkan je 80 sen tu.

"Kalau saya pun tak akan terima duit koyak. Sebab biasa duit ringgit-ringgit ni saya bagi dekat anak sebagai belanja sekolah. Bila bagi duit koyak, kadang penjual pun tak nak terima duit koyak anak saya tu.

"Kalau rasa tak boleh nak ikhlas, lebih baik genapkan je harga kat papan harga tu. Letak RM9 atau RM10. Acah-acah nak nampak macam murah, tapi tak mampu nak bagi baki yang memang terang-terang hak pelanggan, customer is always right," komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain