TEMPOH bersendirian atau me time merupakan masa untuk seseorang itu melakukan apa yang disukainya tanpa gangguan daripada sesiapa pun. Bagi para isteri dan ibu, masa tersebut sering digunakan untuk berehat, membeli belah atau apa sahaja aktiviti tanpa memikirkan perihal rumah tangga. Malah ada yang mendapatkan perkhidmatan jagaan bagi anak-anak supaya waktu yang dirancang dapat digunakan dengan sebaiknya, seterusnya menghilangkan lelah yang dirasai. Bagaimanapun terdapat individu yang merasakan tindakan meninggalkan anak kerana ingin meluangkan masa sendirian adalah tidak wajar seolah-olah si kecil adalah bebanan. Hantaran yang dibuat pelayar TikTok ini mengundang kecaman ramai. “Saya mama muda, tapi saya tak tinggalkan anak dekat rumah untuk pergi healing, terpaling malu nak mengaku ada anak,” demikian hantaran berbaur sindiran yang dibuat seorang wanita di TikTok. Dia yang berstatus ibu tunggal dilihat seolah-olah memperkecilkan individu yang meninggalkan anak di bawah jagaan orang lain kerana inginkan me time, mengundang pelbagai reaksi kurang senang warga maya. Turut sama terkesan, seorang wanita membuat posting balas di media sosial sambil berkongsikan tangkap layar TikTok terbabit. ARTIKEL BERKAITAN: Mak ayah suka ke ‘mall’ selamba tinggal anak di taman permainan ‘indoor’, biarkan perut kosong - “4 jam dia sendirian” ARTIKEL BERKAITAN: Ibu dipandang serong hantar anak ke taska, tak boleh terima alasan nak relaks... Ramai melenting, geng mak-mak pun boleh ‘burnout’ Bagi wanita ini, sikap dan persepsi yang dibuat pelayar TikTok itu akan menyebabkan kebanyakan suri rumah mengalami kemurungan kerana perlu sentiasa membawa anak-anak walau ke mana sahaja. “Terpaling mak-mak. Benda macam ni, lama-lama buat suri rumah depresse jaga anak ke hulu ke hilir. “Nak lepas stres berdua dengan suami pun ada je suara sumbang dahaga content begini. “Terpulang pada masing-masing. Kau nak bawa pun boleh... tak bawa boleh upah pengasuh, upah adik, upah mak... apa salahnya? Tak perlu menyibuk,” luahnya. Spesis macam ni sebenarnya nak sedapkan hati sendiri je... padahal dengki tengok orang boleh tinggal anak. WARGA MAYA Tambahnya lagi, pelayar TikTok itu mungkin tidak merasai kepayahan menjaga anak kerana baru mempunyai seorang bayi. Justeru katanya, seorang ibu amatlah memerlukan me time apabila sudah mempunyai anak yang ramai kerana emosi mungkin boleh terganggu disebabkan lambakan tugasan harian. “Dulu saya anak seorang pun mana-mana pergi bawa anak sebab masih bayi... dah tiga anak, memang me time tu sangat diperlukan. “Rasa diri ni paling tak disayangi sebab memanjang kena utamakan orang lain,” ujarnya berkongsi pengalaman. Warga maya meluahkan rasa kurang senang dengan hantaran pelayar TikTok itu. Menjengah ke ruangan komen, ramai yang bersetuju dengan pandangannya kerana beranggapan pelayar TikTok terbabit tidak pernah berhadapan dengan kesulitan. “Spesis macam ni sebenarnya nak sedapkan hati sendiri je... padahal dengki tengok orang boleh tinggal anak, dianya tak boleh sebab suami, mentua atau adik-beradik tak mahu jaga anak. Sebab itu tak boleh tinggal anak. “Dia je yang terpaling sayang anak, orang lain yang sama penat mengandung beranak ni tak sayang anak. “Ni anak baru seorang sebab tu cakap banyak. Nanti kalau dah ramai baru dia tahu langit tinggi ke rendah. “Dia dahagakan perhatian, aku ni mak anak tiga... elok je keluar tinggalkan anak dan suami siap sukarela tawarkan diri nak jaga. Mungkin yang buat content macam ni sebab tak dapat suami yang bagus,” demikian reaksi warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube