suria

Cantik, serasi tapi orang Sabah! Pemuda KL dilema dapat jodoh jauh... Awal-awal dah risau tiket penerbangan mahal

Perkahwinan memerlukan perancangan rapi termasuk kos pengangkutan. -Gambar hiasan

TAK kenal maka tak cinta, dan jatuh hati terhadap seseorang itu pun boleh berlaku tanpa diduga.

Bukan kesempurnaan yang dicari, namun pastinya setiap individu mempunyai pilihan masing-masing untuk dijadikan bakal suami atau isteri.

Begitulah juga dengan seorang pemuda ini yang tinggal dan belajar di Kuala Lumpur namun sedang mengenali seorang wanita berasal dari Sabah.

“Sekarang ini tengah melalui fasa di mana saya berkenalan dengan seorang wanita dari Sabah di tempat saya belajar di Kuala Lumpur.

“Kami 'tertangkap' perasaan dan selesa apabila bersama. Dia ni cantik, suara lembut dan kami mempunyai pemikiran yang sama,” katanya menerusi satu luahan di laman sosial.

Mula mengenali hati budi seorang wanita. -Gambar hiasan

Namun, dia mengakui sebenarnya wanita tersebut bukan dalam radarnya untuk dijadikan calon isteri.

ARTIKEL BERKAITAN: Gurauan nak kahwin dengan orang pulau jadi realiti, wanita ini jumpa jodoh di Semporna selepas kunjungan seminggu ‘tersangkut’ jadi sebulan

ARTIKEL BERKAITAN: Risau anak tak balik lepas temu jodoh sumandak Sabah, ibu buat drama air mata... Ramai pula tumpang sebak

Bukan terlalu memilih, tetapi terdapat faktor yang mengganggu dia untuk membuat keputusan yang tepat sebelum menamatkan zaman bujang.

“Pada awalnya saya nak elak cari jodoh orang Sabah. Sebab terlalu jauh apabila nak balik kampung, bahasa dan kos tiket penerbangan.

Kalau bab kos tu, tiap-tiap bulan simpan sikit-sikit la.

NETIZEN

“Tapi dalam ramai-ramai wanita di Semenanjung, dengan dia juga yang saya selesa dan mudah melayan. Jadi, nak saya teruskan atau tidak?” katanya yang buntu membuat keputusan.

Menerusi ruangan komen, dilemanya itu mendapat pelbagai reaksi dan pandangan dalam kalangan netizen.

Pemuda dilema untuk membuat keputusan. -Gambar hiasan

Pada masa sama, mereka turut menyarankan agar pemuda itu melakukan solat istikharah bagi mendapat petunjuk sebelum membuat sebarang keputusan dalam hidup.

“Kalau dah selesa tu, insya-Allah memang sepadan. Ingat, jangan lepaskan perempuan yang dah selesa dengan kita. Kalau bab kos tu, tiap-tiap bulan simpan sikit-sikit la.

“Berkawan la dulu, yang penting sama-sama fokus belajar dan upgrade diri. Jangan buat benda bukan-bukan sudah. Jauh lagi perjalanan. Tengok lepas belajar dan dah kerja nanti, kalau masih sayang boleh teruskan.

“Buat solat istikharah. Tak dinafikan, nak masuk meminang, menikah, nak bawa keluarga naik kapal terbang memang perlukan kos. Melainkan ada tolak ansur antara dua keluarga untuk memudahkan urusan membina masjid. Ingatlah, kalau jodoh tak ke mana,” komen netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain