suria

Bangga bakal nikahi doktor, pelik pemuda masih hubungi ex-GF... Tanya macam-macam berkaitan majlis kahwin

Walaupun sudah mempunyai kekasih baharu, seorang lelaki masih mengganggu bekas teman wanitanya. -Gambar hiasan

KEBIASAANNYA apabila hubungan cinta putus di tengah jalan, masing-masing akan membawa haluan sendiri dan apabila menemui cinta baharu pasti kekasih lama akan terus dilupakan.

Berbeza pula situasi dialami seorang wanita apabila bekas teman lelakinya yang sudah mempunyai kekasih baharu masih mengganggu dengan kerap menghubunginya.

Jika sekadar bertanya khabar mungkin itu boleh diterima, tetapi agak pelik apabila lelaki itu meminta pertolongan bagi menjayakan majlis perkahwinannya.

Seorang wanita berang apabila bekas teman lelakinya meminta pandangan mengenai majlis perkahwinan. - Gambar hiasan

Seorang wanita pelik bekas teman lelaki minta pandangan mengenai majlis perkahwinan. -Gambar hiasan

"Masih tak boleh brain (fikir) dengan ex aku. Contact (berhubung) semata-semata nak bagitau yang dia berterima kasih sebab pernah bawa dia view (tengok) dewan kahwin dulu.

"Sebab senang dia nak kahwin dengan awek dia yang kerja doktor sekarang," luahnya di media sosial.

ARTIKEL BERKAITAN: Hari jadi bini sendiri lupa, birthday kekasih lama gigih ucap walau terlewat! Sia-sia isteri padam nombor di handphone, rupanya suami hafal

ARTIKEL BERKAITAN: Gadis merajuk teman lelaki balas mesej cinta guna ChatGPT, rancang nak minta putus - “Dia guna komputer je, tak ikhlas!”

Lebih menyakitkan hati, dedah wanita itu, bekas kekasihnya membuat pendedahan bahawa dia mengenali doktor berkenaan lebih lama berbanding dirinya.

"Dia mengaku yang dia dengan perempuan tu lagi lama dari dia kenal aku. So (jadi) masa dia plan (rancang) tunang dengan aku tu sebenarnya untuk prepare (persediaan) kahwin dengan doc tu ke? Manusia jenis apa la dia ni.

Luahan wanita dan pandangan warga maya

Luahan wanita itu dan pandangan warga maya.

"Lagi satu, dia tanya aku kat mana nak cari decorator (tukang gubah) hantaran dekat JB (Johor Bahru) sebab dia tak nak bawa hantaran dari Shah Alam. Bodoh ke? Kau tanya dekat ex kau yang kau tipu konon nak kahwin ni," katanya.

Sementara itu, perkongsian wanita berkenaan mendapat perhatian warga maya yang berpandangan bekas teman lelakinya masih tidak dapat melupakannya.

Malah ada berpendapat lelaki berkenaan sengaja ingin menyakiti hatinya.

Dah kenapa melayan? Block (sekat) la.

NETIZEN

"Dia tak boleh lupakan kau tu sebenarnya. Kalau tak dia tak kan ingat kau langsung. Sampah.

"Dah kenapa melayan? Block (sekat) la. Itu saja nak menyakitkan hati, bagi mental," antara komen netizen

Dalam pada itu, wanita itu mengesahkan sudah menyekat lelaki berkenaan dari terus menganggu dirinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain