MASYARAKAT sering menganggap anak bongsu sebagai individu manja dan sukar berdikari berbanding kakak atau abang mereka. Tidak hairanlah kebanyakan ibu bapa bertindak mengawal atau merancang kehidupan anak bongsu termasuklah pemilihan kerjaya tanpa memikirkan tindakan seperti itu boleh membuatkan anak berasa terbeban, tertekan dan terkongkong. Seperti perkongsian seorang lelaki di media sosial, sebagai anak bongsu yang merasakan dirinya sudah cukup dewasa, dia meluahkan rasa penat kerana bapa masih cuba mengatur kehidupannya supaya menyertai pasukan tentera. Seorang lelaki terkilan tidak dapat menyambung legasi bapanya dalam bidang ketenteraan. -Gambar hiasan Menerusi tangkap layar dikongsikan, dia berkata tidak dapat memenuhi permintaan bapa kerana umurnya sudah mencecah 30 pada tahun hadapan.. Jelasnya, umur terakhir untuk menyertai badan beruniform itu adalah pada 25 tahun. “Ayah aku fikir aku umur 20-an lagi ke, aku dah anak satu kot. Penatlah aku macam ni dengan struggle kehidupan lagi. ARTIKEL BERKAITAN: Rindu tak berbalas... Bapa terjenguk-jenguk dari luar tingkap, panggilan minta buka pintu tidak dijawab! - “Sampainya hati mu anak” ARTIKEL BERKAITAN: "Mak ayah bukan neraka, mereka kunci syurga" - Guru kongsi kisah benar luahan bapa 'makan hati' dengan anak-anak buat ramai tersentak! “Aku tak tahulah cara apa lagi nak bahagiakan mak ayah aku,” tulisnya, sambil menambah ibu bapanya juga pernah berkhidmat dalam badan beruniform. Menurut lelaki ini, dia sememangnya berminat untuk menyertai pasukan beruniform mengikut jejak langkah kedua-dua orang tua tetapi rezeki tidak memihak kepadanya. Jelasnya, dia terpaksa memadam hasrat untuk menyertai pasukan tentera kerana tamat belajar ketika berusia 26 tahun. Masalahnya, aku habis degree pun umur 26 tahun. Sedih juga tak dapat ikut jejak langkah ayah. ANAK BONGSU “Aku minat je nak jadi tentera cumanya kes aku ayah suruh habis degree dulu sebelum sertai tentera. “Masalahnya, aku habis degree pun umur 26 tahun. Sedih juga tak dapat ikut jejak langkah ayah,” jelasnya yang kini sedang berusaha mencari kerja tetap. Perkongsian lelaki ini bagaimanapun mendapat pelbagai reaksi warga maya dengan ada yang menyarankan supaya dia memadam posting yang dimuat naik kerana dianggap tidak wajar selain bimbang mengguris hati bapa. Anak bongsu yang sudah berkahwin berharap bapanya tidak menambah bebanan emosi dialami. -Gambar hiasan "Parents tu bagi cadangan je. Kalau tak suka diam je, kau pun dah bagitau umur 25 limit. Tak perlu merungut sampai post ke media sosial, kalau dia terbaca mesti kecil hati. “Bro, orang tua memang macam tu, sebab diaorang terbiasa dari dulu lagi perlukan kerja kerajaan demi masa depan. “Aku rasa lebih baik kau take down la post ni. Tu ayah, tak baik merungut. Luah kat isteri atau dalam kitaran kau jangan secara umum. “Sementara ada layan je dengar cakap dia. Kalau bukan rezeki bukanlah. Nanti diam dia. Selalu pemikiran ibu bapa kerja kerajaan selamat. “Anak bongsu ke? Sebab adik aku yang bongsu pun macam ni bapa risau walaupun dah kahwin ada anak lagi. “I feel you bang. Aku lagi dua tahun nak 30 tahun. Bapa suruh minta kerja jururawat. Sekarang pun rasa badan nak reput," demikian antara komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube