ISU zina dan kehamilan luar nikah dalam kalangan golongan muda semakin membimbangkan masyarakat hari ini. Di platform X, seorang gadis meluahkan rasa gusar selepas mengetahui dia hamil dua bulan akibat hubungan luar nikah. Tanpa mendedahkan identitinya, gadis itu berkata dia kini berada dalam keadaan buntu dan takut selepas disahkan hamil. Segelintir individu bertindak membuang bayi kerana enggan bertanggungjawab. -Gambar hiasan "Saya betul-betul perlukan bantuan. Saya terlanjur dengan teman lelaki saya. Sekarang kandungan dah masuk dua bulan. "Boleh terus buat kursus kahwin atau after nikah atau bagaimana? Bayi ni macam mana? Tolong, saya takut," tulisnya. Perkongsian gadis itu turut menarik perhatian seorang wanita yang baru sahaja berdepan kehamilan luar nikah. Saya terlanjur dengan teman lelaki saya. Sekarang kandungan dah masuk dua bulan. PENGADU Menurut wanita itu, dia juga pernah tersilap langkah, namun mengambil keputusan berkahwin demi memperbaiki kehidupannya. "Kepada adik yang hamil tu. Saya pun silap langkah macam awak juga. Kami buat keputusan untuk kahwin segera dan buka buku pemeriksaan kesihatan ibu hamil, iaitu buku pink. "Ada la kena marah sikit dengan doktor tapi sumpah, ini keputusan terbaik. Saya pun ada fikir nak gugurkan kandungan tapi bila buat imbasan, saya kata pada diri yang saya nak bela anak ini. ARTIKEL BERKAITAN: Dah ada 6 zuriat, wanita kini amat rindu anak luar nikah lahir 15 tahun lalu! Sukar jejak, tak pernah tahu siapa famili angkat ARTIKEL BERKAITAN: “Kak, sakit tak bersalin?” - Soalan wanita muda hamil anak luar nikah buat doktor ini sebak, sedih zina jadi hal biasa "Saya harap sangat awak kekalkan anak awak. Kalau tak mampu, boleh bagi orang," kata wanita itu. Beberapa pelayar X yang lain turut memberi saranan sama, meminta gadis itu berkahwin dan meneruskan kandungannya. "Banyak benda yang perlu anda lakukan. Sila utamakan kesejahteraan anak yang tidak berdosa, mulakan dengan buku pink di Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). "Bincanglah dengan kedua-dua keluarga. Malu pun malu la, nak buat macam mana. Lepas tu pergi pejabat agama," saran beberapa netizen. Anak luar nikah sering dipandang serong oleh masyarakat. -Gambar hiasan Namun, beberapa individu turut menyelar tindakan gadis itu yang tidak menjaga kehormatan diri sehingga berlakunya persetubuhan luar nikah. "Macam zina tu benda normal. Mudah je sekarang ni ya. Buat dulu fikir kemudian. Macam satu jenaka. "Dah masuk dua bulan baru hang nak kalut, patut kalau period late seminggu tu kena start gelabah dah. "Masa tengah sedap tu, tak takut pula. Bodoh," tulis netizen lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube