suria

Hajat termakbul di Makkah, terkedu wanita mirip arwah nenek muncul depan mata - "Rasa nak peluk je makcik tu"

Mashitah menceritakan pengalaman manis ketika menunaikan umrah.

KERINDUAN terhadap orang yang telah meninggal dunia sering datang tanpa diundang, apatah lagi jika banyak kenangan manis tercipta bersama mereka.

Begitulah perasaan seorang cucu, Mashitah yang berhasrat untuk 'berjumpa' semula dengan arwah neneknya, Aminah di tanah suci Makkah.

Ternyata keinginan tersebut dimakbulkan ketika dia menunaikan umrah apabila bertemu seorang jemaah mirip arwah neneknya yang disifatkan sebagai 'hadiah tak ternilai'.

Wanita ini bersyukur apa yang dihajatinya termakbul di Makkah.

"Orang kata masa kerjakan umrah, boleh 'berjumpa' dengan orang kesayangan kita yang sudah meninggal dunia.

"Ternyata rezeki Allah bagi ubat kerinduan. Jumpa jemaah ini masa tengah iktikaf di masjid," dia berkongsi pengalaman manis tersebut di media sosial.

Menurut Mashitah, kemunculan wanita bermata sepet itu yang dikatakan serupa dengan arwah neneknya yang berasal dari China seolah-olah menjadi penawar kerinduannya selama ini.

ARTIKEL BERKAITAN: Setahun bersedih tanggung rindu, ibu kembali ceria jumpa ‘kembar’ arwah anak ketika naik cruise - “Suami beranikan diri tegur pemuda tu”

ARTIKEL BERKAITAN: Semua mirip... Selepas 7 tahun tragedi, wanita ini jumpa ‘kembar’ arwah abang - “Kami selalu tengok game sepak takraw dia di TV”

Menerusi hantaran yang dikongsikan, Mashitah sempat mengambil gambar individu berkenaan bagi membuat perbandingan betapa miripnya wajah wanita itu dengan arwah neneknya.

"Dari negara mana tak tahu. Mirip betul dengan nenek. Rasa nak peluk je makcik tu tapi takut dia rasa pelik.

"Rasanya dia dari negara belah-belah China sana. Tapi nenek (arwah) memang asal dari China pun, yang mana menjelaskan mengenai mata (sama sepet)," ujarnya menerusi kapsyen di TikTok.

Rasa nak peluk je makcik tu tapi takut dia rasa pelik.

MASHITAH

Jelas Mashitah, neneknya meninggal dunia sembilan tahun yang lalu tetapi rindu terhadapnya tidak pernah padam.

"Nenek saya memang asal China dan masa zaman perang dulu-dulu famili Melayu ambil untuk dijadikan anak angkat.

"Nenek saya meninggal dunia tahun 2015. Semoga syurga buat ahli keluarga kita yang meninggal dunia," katanya.

Hantaran yang dikongsikan Mashitah meraih lebih 1 juta jumlah tontonan selepas dimuat naik di media sosial.

Komen netizen di TikTok.

Rata-rata warga maya memahami kerinduan terhadap insan kesayangan yang sudah tiada seperti mana diluahkan oleh wanita ini.

"Doakan saya dapat ke sana juga. Teringin nak jumpa ayah lagi.

"Serius dekat sana saya nampak ramai gila muka macam dikenali. Seorang macam sepupu, kawan, ayah, kawan dan bapa saudara.

"Doakan saya dapat jejak ke sana suatu hari nanti. Dapat jumpa mirip arwah abang pun dah rasa bersyukur," komen beberapa netizen.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain