suria

Malu sikap ibu bapa saudara, opah kena strok semua ‘laju’ balik kampung! Sibuk dengan agenda bincang harta

Melihat anak cucu berkumpul adalah kegembiraan buat warga emas. -Gambar hiasan

MELIHAT anak cucu berkumpul beramai-ramai merupakan impian kebanyakan warga emas.

Namun malangnya, keadaan ini sukar berlaku meskipun pada sambutan perayaan disebabkan kesibukan tugas masing-masing.

Di laman X, seorang lelaki berkongsi senario yang berlaku dalam keluarganya selepas nenek disahkan disahkan menghidap strok dan memerlukan bantuan.

“Pertama kali berlaku selepas beberapa tahun berlalu, rumah aku penuh dengan kehadiran ibu dan bapa saudara semasa hari raya.

Pertelingkahan sering berlaku disebabkan harta pusaka. -Gambar hiasan

Pertelingkahan sering berlaku disebabkan harta pusaka. -Gambar hiasan

“Bayangkan betapa seronoknya opah aku tengok anak-anak dia dan cucu berkumpul beramai-ramai... tapi malangnya keseronokan tu sekejap je,” luahnya mengimbau kenangan yang menjadi punca perbalahan seluruh ahli keluarga.

Menurut anak muda ini, segalanya bermula selepas topik hangat mengenai harta yang dibincangkan pada hari pertemuan itu tidak mencapai kata sepakat.

Bagi dirinya pula, dia baru tersedar kesemua ibu dan bapa saudaranya ingin mendapatkan kepastian tentang harta neneknya dan bukanlah tentang tanggungjawab menjaga warga emas itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Mak tak ikut faraid, guna wasiat mulut bolot harta arwah bapa... Paling sedih sibuk kira duit sedekah sebelum jasad dikebumi!

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa angkat tiada anak, tak percaya saudara sendiri... Pemuda bakal dapat semua harta - “Mereka tak boleh tuntut apa-apa”

“Mereka semua berkumpul kecuali Pak Uda aku, sebab dia dah tahu tujuan asal adik-beradik dia berkumpul.

“Rupanya bincang pasal harta opah dan bukan siapa yang nak jaga opah, bayangkan betapa terkilannya opah aku... aku sertai sebab wakil arwah mak aku.

“Perbincangan tak ke mana dan akhirnya semua bergaduh sedangkan kesemua dah berusia 50 hingga 60 tahun.

“Paling sedih sebab Pak Su aku dituduh makan duit persaraan opah sedangkan dia yang jaga opah tu sehingga kini,” tambahnya yang terkilan dengan sikap ibu dan bapa saudaranya.

Orang tua tu hidup lagi, kau dah bincang pasal harta. Pasal tanggungjawab jaga, tak mahu pula.

WARGA MAYA

Bercerita lanjut, dia yang enggan mendedahkan identiti berkata, sebelum ini dialah yang memikul tanggungjawab menjaga nenek ketika mula diserang strok.

Menurutnya, tanggungjawab itu diambil atas permintaan neneknya sendiri dan pada masa sama dia masih bekerja dari rumah.

Namun dakwanya, sepanjang tempoh itu hanya dia, abang dan Pak Su sahaja yang menjaga nenek sehingga warga emas itu boleh kembali berjalan.

Warga maya turut bersimpati pada pemuda ini.

Warga maya turut bersimpati nasib pemuda ini.

Luahannya itu mendapat perhatian dan simpati warga maya.

“Percayalah, nanti yang tak menjaga tu yang akan terpaling kecoh menuntut harta itu dan ini.

“Orang tua tu hidup lagi, kau dah bincang pasal harta. Pasal tanggungjawab jaga, tak mahu pula.

“Bab harta ni memang boleh sampai putus talian keluarga. Waktu dah hujung-hujung tu, barulah nampak muka masing-masing sebab nak jadi terpaling jaga si pemilik harta,” begitulah antara reaksi warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain