suria

Gelap mata nampak duit banyak, remaja curi elaun kawan dalam bank... Kini hidup jadi kucar-kacir, sukar dapat kerja

Mencuri wang milik rakan adalah satu perbuatan yang tidak wajar. -Gambar hiasan

SETIAP individu perlu memiliki akaun bank untuk digunakan bagi tujuan peribadi dan pekerjaan.

Tanpa akaun bank, seseorang itu pastinya berdepan kesukaran untuk bekerja dan menerima gaji.

Di Facebook, seorang wanita berkongsi cerita mengenai akaun bank milik anaknya yang dibekukan akibat kes kecurian pada awal tahun 2024.

Sentul Police station closed after person under Covid-19 quarantine went there to report attack for violating isolation order. - Aug 19,2020. - SHAARI CHEMAT /The Star

Individu yang terlibat kes jenayah akan mempunyai rekod yang boleh menjejaskan masa depan mereka. -Gambar hiasan

"Anak saya mencuri di kolej, ibu bapa mangsa buat laporan polis. Anak saya disiasat di bawah jenayah komersil. Jadi semua akaun di bawah nama dia dibekukan.

"Apabila rujuk bank, mereka suruh berurusan dengan polis. Hampir enam bulan hubungi pegawai penyiasat (IO) dan balai tapi tak dapat.

"Saya cuba dapatkan surat pelepasan untuk buka akaun bank. Sekarang anak umur 19. Sukar dapat kerja sebab dia tiada akaun bank yang sah," tulis pengadu.

Ibu bapa kawan anak saya memang nak bagi pengajaran.

IBU PELAKU

Menurut wanita itu, anaknya mencuba alternatif lain dengan membuka akaun bank digital serta Touch 'n Go bagi tujuan penyaluran gaji, namun medium itu tidak diterima oleh kebanyakan majikan.

Bercerita lanjut, dia mendakwa diberitahu polis bahawa kes tersebut diletakkan di bawah kategori jenayah komersil kerana ia melibatkan transaksi dalam talian.

"Saya tak tahu kenapa jenayah komersil. Saya sendiri kena panggil kat balai. (Ceritanya) elaun belajar kawan tumpang ke akaun anak saya sebanyak RM300.

ARTIKEL BERKAITAN: Satu tak cukup, 2 hari kemudian datang angkut lagi... Pencuri bonsai kena cekup - “Taste tinggi tapi rembat orang punya”

ARTIKEL BERKAITAN: Kereta dirompak depan mata! Pelaku ‘tenang’ mencuri walau pemilik menjerit, alarm berbunyi - “Mereka tak lari, sangat berani buat kerja jahat”

"Kata pensyarah dia, budak tu tiada akaun untuk transfer elaun, jadi dia tumpang akaun anak saya. Daripada mula belajar tumpang akaun anak saya. Dah nak habis belajar baru dia gelap mata.

"Polis kata jika melibatkan transaksi dalam talian, automatik ke jenayah komersil macam kes scam duit juga," ceritanya lagi.

Tambah wanita itu, dia juga ada berbincang dengan ibu bapa mangsa dan bersedia untuk membayar wang, namun ia tetap menemui jalan buntu.

Story on Wave credit and debit card. RAYMOND OOI/ The Star

Setiap individu perlu memiliki akaun bank untuk digunakan bagi tujuan kerja dan peribadi. -Gambar hiasan

"Cuba berbincang tapi tak ada penyelesaian walaupun saya sanggup bayarkan semula. Ibu bapa kawan anak saya memang nak bagi pengajaran.

"Tak apa, mungkin itu bahagian dia, dan pengajaran besar sangat dalam hidup dia. Untuk sekarang dia perlu teruskan hidup tu.

"Kerana benda macam ni, banyak keburukan yang tempiasnya pada saya juga. Dia macam burung patah sayap, tak boleh nak buat apa-apa sekarang," ujarnya lagi.

Kes itu meraih perhatian pengguna media sosial selepas ia dikongsi oleh ibu pelaku menerusi grup Facebook Peguam dan Pengguna Malaysia.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain