WANITA masa kini lebih bersikap terbuka tentang isu perkongsian hantaran mahupun majlis perkahwinan. Tidak kurang juga yang memilih untuk mengadakan majlis berkonsepkan minimalis bagi mengurangkan beban golongan lelaki. Bagaimanapun, kadang-kala usaha yang dilakukan itu tidak dihargai sesetengah pihak seperti keluarga pengantin lelaki. Begitulah yang dirasai wanita ini sehingga membuatkan dia tidak berpuas hati dengan sikap bakal suaminya dan ingin membatalkan majlis perkahwinan yang dirancang. Ikatan pertunangan dilakukan selepas pasangan mendapat persetujuan kedua-dua belah keluarga. -Gambar hiasan Menurut wanita ini, masalah bermula selepas keluarga tunangnya membuat keputusan sendiri dalam segala urusan berkaitan kenduri meskipun mengetahui ia melibatkan kedua-dua belah pihak. “Salah ke kalau aku rasa tak puas hati dengan tunang aku pasal majlis kahwin share duit? “Kami putuskan nak buat satu majlis untuk dua belah pihak, jadi kongsi duit... dia bagi RM20,000 aku RM15,000. “Tapi semua benda kena dapat persetujuan daripada keluarga dia macam keluarga aku ni tak penting langsung,” luahnya di media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Tunang tiba-tiba makan guna sudu garpu, naluri wanita syak ada benda tak kena... Lepas selidik, sah si dia curang! ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki di persimpangan dilema... Hati terpikat janda pandai ambil berat, mula rasa tunang sendiri tak matang - “Dia suka cari pasal” Lebih menyedihkan lagi apabila bakal mentuanya hanya mahukan majlis yang minimalis dengan alasan enggan menyusahkan sesiapa. “Dia cakap mak ayah dia suruh kami ni buat majlis biasa-biasa yang macam doa selamat tu je sebab tak mahu susah. “Dia ada tiga kakak yang dah kahwin dan majlis kahwin tu buat dekat rumah, jadi mak ayah dia macam dah bosan kot sebab pernah merasa semua benda (majlis kahwin) tu. “Aku ni anak sulung, mak ayah aku baru nak merasa riuh kenduri kahwin anak dia tapi tunang aku ni macam tak faham. Tak payah kawin dengan lelaki yang semua perkara nak dengar cakap keluarga. WARGA MAYA “Semua perkara kena ikut cakap mak ayah dia. Dah la minta aku tolong kongsi, tapi suruh aku jemput adik-beradik mak ayah aku dengan kawan rapat aku je,” tambahnya sayu. Menurut wanita ini lagi, keputusan itu dibuat sebelah pihak kerana bakal mentuanya bimbang saudara-mara mereka akan datang beramai-ramai dan makanan tidak mencukupi. Senario yang berlaku itu membuatkan dia rasa ingin membatalkan majlis dan hasrat untuk berkahwin. “Ni dugaan ke apa? Tolonglah, rasa adil tak untuk aku? Kebanyakan warga maya memintanya untuk berbincang sebelum memutuskan tali pertunangan “Aku pun nak mak ayah aku gembira masa aku kahwin nanti,” tambahnya yang turut stres dengan perkara tersebut. Luahannya itu membuatkan warga maya tampil memberikan pandangan masing-masing dan turut menasihatinya supaya mengadakan majlis berasingan. “Kalau rasa berat sebelah. Bincang lagi sampai ada kata putus dan sefahaman. Jangan hal kecil-kecil macam ni pun dah tak boleh bawa bincang sebab lepas kahwin nanti lagi banyak hal kena sabar, give and take. “Ramai yang suruh buat asing tapi lebih baik kau gerak, tak payah kahwin dengan lelaki yang semua perkara nak dengar cakap keluarga. Macam tak ada otak nak fikir, kahwin ni sekali seumur hidup. “Ni bukan isu tak puas hati tapi redflag lelaki tu dan keluarga dia, kau buatlah isthikarah... risau aku tengok. “Biasa kalau anak lelaki, memang macam tu, mereka tak mahu anak lelaki terbeban. Padahal majlis anak perempuan boleh je buat grand, saya faham perasaan sis,“ demikian reaksi warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube