NILAI hartanah yang tinggi membuatkan ramai yang gelap mata sehingga menggunakan kekerasan bagi memilikinya. Malah ada yang sanggup menganiayai darah daging sendiri termasuk menggunakan cara halus seperti sihir. Menerusi satu hantaran di TikTok, seorang individu yang menawarkan rawatan Islam berkongsi pengalamannya membantu wanita mangsa sihir saudara sendiri. Keluarga bahagia adalah impian setiap individu. -Gambar hiasan Menurut Hasnan Rili, wanita terbabit merupakan seorang anak tunggal yang kematian ibu bapa akibat kemalangan jalan raya. Sejak daripada kejadian itu, dia sering diganggu ibu dan bapa saudaranya yang menuntut hak faraid sebidang tanah pusaka. "Dia ni anak tunggal perempuan. Mak ayahnya meninggal serentak sebab kemalangan jalan raya. ARTIKEL BERKAITAN: Malu sikap ibu bapa saudara, opah kena strok semua ‘laju’ balik kampung! Sibuk dengan agenda bincang harta ARTIKEL BERKAITAN: Ibu bapa angkat tiada anak, tak percaya saudara sendiri... Pemuda bakal dapat semua harta - “Mereka tak boleh tuntut apa-apa” "Arwah ada tinggalkan tanah kebun suku ekar tepi jalan yang memang harganya tinggi kerana kawasan tumpuan. "Tiga tahun lalu, ayah kakak ni dah tukar siap-siap penama tanah kepada dia. Tapi sekarang adik-beradik ayahnya nak bahagikan tanah tu walaupun dah tak boleh faraid," katanya. Lebih menyedihkan apabila ibu bapa saudara yang sepatutnya mengambil alih tugas menjaga wanita itu selepas menjadi anak yatim piatu melakukan perkara sebaliknya. Kadang mak ayah dah kenal adik-beradik dia, sebab tu terus tukar nama siap-siap untuk anak perempuan. WARGA MAYA Bukan sahaja menuntut hak yang batil, malah sanggup menghantar sihir apabila mengetahui dia adalah pemilik tunggal tanah berkenaan. "Mereka nak juga duit tanah tu dan suruh kakak ni jual supaya boleh bahagi sama rata. "Mula-mula tu mereka ugut dengan macam-macam perkara sehingga jadi kes polis, sekarang mereka terus buat," ujarnya yang cuba memulihkan semangat wanita terbabit. Warga turut bersimpati dengan nasib yang dialami wanita ini. Video perkongsiannya itu mendapat pelbagai reaksi daripada warga maya. Rata-ratanya meluahkan rasa simpati dan sedih dengan situasi yang dialami wanita terbabit. "Syukurlah siapa yang tiada harta tu, kebanyakan perang saudara berlaku disebabkan harta. "Sebab itu aku biarkan je mereka rampas hak aku daripada aku jadi macam ni, lagi teruk suami dan anak-anak nak hadap. Biar mereka jawab depan Allah nanti. "Kadang-kadang mak ayah dah kenal adik-beradik dia, sebab tu terus tukar nama siap-siap untuk anak perempuan macam kawan saya. "Mak ayah dah bahagi letak nama siap-sia sebab bapa saudara asyik kata tunggu mak ayah kau mati," demikian reaksi warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube