MEREKA yang bekerja dalam sektor 3D atau Dirty (kotor), Dangerous (berbahaya) dan Difficult (sukar) sering dipandang rendah. Berkongsi pengalaman berhadapan situasi itu, seorang pelayar TikTok menceritakan bagaimana dia dimalukan salah seorang kakitangan sebuah jabatan kerajaan. Mengimbas kejadian yang berlaku pada zaman Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), wanita tersebut berkata dia terpaksa mengambil upah sebagai pekerja pembersihan disebabkan kekangan ekonomi yang berlaku ketika itu. Pekerja pembersihan sering dipandang hina oleh sesetengah individu. -Gambar hiasan "Waktu PKP aku jadi cleaner sementara ekonomi pulih dan boleh berniaga di kantin seperti biasa. "Pada satu hari ada seorang pegawai yang baik, dia bagi nasi kat aku sebab program dah habis dan dia pelawa pada aku. "Kemudian datang seorang staf bawahan di jabatan tu tanya kenapa aku ambil makanan peserta. Aku cakap tak mahu tapi kakak tu (pegawai) bagi. ARTIKEL BERKAITAN: “Awak fikir tak perasaan saya” - Wanita bebel teman lelaki, malu hanya kerja ‘rider’... Makin geram jadi bahan ketawa saudara-mara ARTIKEL BERKAITAN: Wanita dihina dalam grup WhatsApp pejabat gara-gara taat perintah pasangan... Suami nak heret pelaku naik mahkamah! "Dia pun cakap tak boleh (ambil), nanti tak cukup untuk peserta. Aku pun balas dengan suruh dia ambil balik sebab tak mahu," ceritanya mengimbas kembali apa yang terjadi. Menurut wanita ini, disebabkan rasa geram dan sedih, dia kemudian menyindir kakitangan terbabit dengan menyatakan sudah membuat tempahan makanan menerusi laman e-dagang. "Aku terus cakap yang dah order lunch, nanti rider hantar... lagipun nasi bajet murah macam tu, memang kurang (gemar) sikit. Aku kerja cleaner, nampak betul yang orang pandang rendah, mentang-mentanglah aku cuci jamban. WARGA MAYA "Kemudian aku terus pusing arah lain dan menangis. Masa tu terkenang bagaimana nasib mak aku dulu masa dia jadi cleaner selama 30 tahun. Mungkin macam ni la orang hina mak aku. "Aku rasa gaji dia (staf agensi) sama je dengan cleaner, tapi sombong tu kalah pengarah," luahnya lagi. Tambah wanita ini, dia tidak menyangka akan diuji dengan pekerjaan yang ibunya lakukan dulu demi membesarkan anak-anak. Antara komen warga maya di TikTok miliknya. Malah baginya, kejadian dalam masa singkat yang berlaku tiga tahu lalu itu membuatkan dia belajar erti kehidupan sebenar kerana tidak semua akan berlaku baik. Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya meluahkan rasa simpati kepadanya selain berkongsi pengalaman sama yang dilalui. "Kami satu keluarga kena hina dengan cara kongsi lauk. Mak saudara saya selalu bagi lauk, apabila buka ada yang dah basi, berbuih dan berulat. Ayat dia... ambillah lauk ni tak habis semalam punya. "Aku kerja cleaner, nampak betul yang orang pandang rendah, mentang-mentanglah aku cuci jamban. "Selama saya kerja, semua makcik cleaner saya kenal, saya layan macam mak sendiri. Kalau muda, saya layan macam kakak atau adik saya sendiri," demikian reaksi warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube