PERASAAN berdebar saat menghitung hari perkahwinan sudah pasti akan dirasai mana-mana bakal pengantin. Namun rasa berdebar itu ada kalanya berlebihan hingga menimbulkan perasaan dilema untuk menempuh alam rumah tangga. Bagi wanita berusia 27 tahun ini, hatinya mula berbolak-balik untuk meneruskan langkah ke gerbang perkahwinan dek kerana masalah parut pada anggota badan. Wanita buntu mencari jalan penyelesaian. -Gambar hiasan "Aku sangat terdesak nak cari jalan penyelesaian. Aku akan berkahwin lagi tujuh bulan. "Sejak kecil aku seorang yang aktif, sampai parut ada sana sini terutama di bahagian kaki. Kalau tengok dah macam duit syiling lima sen penuh kedua-dua belah betis," luahnya menerusi satu hantaran di laman X. Bercerita lanjut, katanya dia sudah mencuba pelbagai jenis produk bagi mengatasi masalahnya itu tetapi parut masih kelihatan di kakinya. ARTIKEL BERKAITAN: Lepas dapat pikat doktor, pemuda baru sedar taraf hidup tak sama... Terlopong bakal isteri minta wang hantaran RM30,000 ARTIKEL BERKAITAN: “Saya tahu akan dibenci” - Pengantin perempuan buat pengakuan, orang ketiga punca tak muncul majlis kahwin! Keadaan itu membuatkan dia hilang keyakinan, terutamanya menjelang hari istimewa yang semakin hampir. "Kalau sikit parut tu aku masih boleh bertolak ansur, tapi ini penuh betis," ujarnya. Kalau parut dah bertahun tu pergi jumpa doktor je lah... krim atau sebarang minyak dah tak function. WARGA MAYA Lebih memburukkan keadaan apabila dia mula memikirkan bahawa untuk meneruskan rancangan perkahwinan bukanlah idea yang terbaik ketika ini. "Aku insecure sangat. Sampai satu tahap, aku rasa tak nak kahwin. Nak batalkan majlis sebab malu sangat dengan bakal suami. "Aku buntu, tak tahu nak buat apa lagi," katanya lagi. Hanya perkara kecil boleh membuat pasangan itu tawar hati. -Gambar hiasan Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan masalah yang dihadapinya. Bagi kebanyakan mereka, membatalkan perkahwinan bukanlah jalan penyelesaian, sebaliknya mencadangkan agar dia melakukan rawatan moden untuk menghilangkan kesan parut. Pada masa sama, ada yang mencadangkan supaya wanita berkenaan menggunakan wang hantaran untuk menanggung kos rawatan membuang parutnya. "Kalau parut dah bertahun tu pergi jumpa doktor je lah. Krim atau sebarang minyak dah tak function dah rasanya. "Kalau dari kecil dah berparut macam tu dan sekarang kau dah 27 tahun tapi parut masih tak hilang, jawapannya kena pergi rawatan laser," demikian antara komen warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube