suria

Jurujual tergamam tengok atuk tibai cucu guna selipar, sepak muka berkali-kali - “Ayah dia tak tahu mana hilang”

Kanak-kanak boleh mengalami trauma akibat penderaan. -Gambar hiasan

CUCU sering dilihat menjadi kesayangan datuk dan nenek, yang mana mereka ditatang bagaikan minyak yang penuh.

Namun bukan semua cucu bertuah, segelintirnya tidak berpeluang untuk merasai kasih sayang sedemikian.

Malah, ada yang kena 'makan' penampar, terajang mahupun segala bentuk kekerasan lain.

Seorang jurujual menyaksikan depan mata apabila seorang kanak-kanak perempuan dipukul oleh datuknya sendiri di sebuah kedai.

Kanak-kanak perlu diberikan perlindungan sewajarnya. -Gambar hiasan

"Hari ni saya nampak seorang atuk sepak cucu dia guna selipar. Bukan sekali tapi mungkin empat, lima kali sebelum itu.

"Masuk kali ketiga dia sepak, terus saya pergi dekat dia. Dia sepak pakai selipar budak tu kat kepala, muka dan badan," dakwanya menerusi satu hantaran di laman sosial.

Bercerita lanjut, wanita itu memberitahu, dia meminta warga emas berkenaan menghentikan perbuatan kejam terhadap cucunya.

ARTIKEL BERKAITAN: Nenek bongkar kematian cucu, sedih mangsa didera lepas tumpahkan air

ARTIKEL BERKAITAN: Ibu kandung disyaki simbah anak 10 tahun dengan air panas... Ada kesan lecur, lebam

"Atuk dia cakap dia nakal. Tidak, dia 'nakal' budak yang main-main. Budak tu tengah main dengan bayi pelanggan lain yang tengah menunggu.

"Saya cakap kat budak perempuan tu minta dia duduk diam-diam sambal usap muka dia," katanya.

Sebagai seorang ibu, saya rasa budak tu tak berdaya, terpaksa duduk dengan nenek dan atuknya.

JURUJUAL

Lebih menyedihkan katanya, nenek kepada kanak-kanak malang itu turut berada di situ tetapi tidak mempedulikan tindakan suaminya apatah lagi membela cucunya sendiri.

Walaupun kejadian tersebut sudah berlalu, namun masih terngiang-ngiang dalam fikiran jurujual itu.

Penderaan boleh menjejaskan mental kanak-kanak.- Gambar hiasan

Penderaan boleh mengganggu emosi kanak-kanak.-Gambar hiasan

Dia kemudian mempersoalkan bagaimana nasib dan keadaan kanak-kanak itu di rumah sedangkan datuknya boleh memukulnya di tempat awam.

"Atuk dia cakap ayah dia tak tahu mana hilang. Tapi itu bukan alasan pukul cucu dia macam tu. Saya sedih.

"Sebagai seorang ibu, saya rasa budak tu tak berdaya, terpaksa duduk dengan nenek dan atuk dia. Kalaulah boleh tolong," katanya lagi.

Sebagai peringatan, perbuatan mendera dan keganasan adalah salah di sisi undang-undang dan dilarang dalam Islam, maka semua perlu menjauhinya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain