IBARAT 'ibu bapa' kedua bagi anak-anak yang diasuh, pengasuh sememangnya menggalas tanggungjawab besar. Pada masa sama, mereka juga manusia biasa yang boleh mengalami masalah kesihatan dan memerlukan rehat. Begitu juga dengan pengasuh ini yang akhirnya 'tewas' dan terpaksa mengambil cuti sakit selepas terkena jangkitan kuman. Malangnya, ibu bapa kepada anak yang diasuh masih menghantar anak-anak mereka ke rumahnya, manakala dua lagi mencari pengasuh lain. Pengasuh juga memerlukan rehat yang secukupnya. -Gambar hiasan Sepanjang lapan tahun mencari rezeki sebagai pengasuh, katanya, ini kali pertama dia mengambil cuti sakit kerana tidak bermaya dan muntah-muntah serta bimbang akan menjangkiti anak-anak jagaannya. “Selama lapan tahun saya berkecimpung dalam bidang ni, ini kali pertama saya rasa down sangat-sangat. “Bila saya sakit, parents tak bagi cuti walaupun ada MC (sijil cuti sakit). Mereka masih lagi hantar anak. Pada masa sama dua lagi ibu bapa cari pengasuh lain. “Selama ini saya tak pernah ambil cuti sakit dan jarang ambil cuti lain. Saya sangat down,” ujarnya sedih. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rimas pengasuh asyik tanya gaji, pagi buta hantar mesej peringatan... Makin menjadi-jadi ketika nak sampai hujung bulan ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kematian anak di tangan pengasuh makin tertekan, pedih dengar mulut lancang geng suri rumah - “Kami kerja untuk bantu suami” Menjengah ke ruangan komen, menurut wanita itu, hampir seminggu dia demam akibat jangkitan kuman dan perlu mengambil ubat-ubatan. Berbeza dengan demam biasa, jelasnya, dia masih mampu meneruskan tanggungjawab mengasuh. “Saya tak minta pun sakit. Selalu demam pun ambil je anak asuhan macam biasa. “Tapi kali ini saya 'tewas' sebab demam virus. Rasa tak larat. Nak bangun pun susah, kepala rasa melayang dan kerap muntah. Saya tak minta pun sakit. Selalu demam pun ambil je anak asuhan macam biasa. PENGASUH “Saya fikir juga mungkin setakat ini rezeki saya. InsyaAllah ada rezeki lain,” luahnya. Pada masa sama, dia turut memahami situasi ibu bapa yang sukar untuk mengambil cuti pada saat akhir. Namun apa yang diharapkannya ibu bapa berkenaan boleh sama-sama bertolak ansur dan bertimbang rasa. Segelintir ibu bapa yang berkerjaya menghantar anak-anak mereka untuk dijaga pengasuh. -Gambar hiasan “Saya faham parents susah cuti. Tapi sakit juga bukan boleh diminta atau tangguh. Kalau boleh, tak nak sakit pun. “Ada parents lain pun susah juga cuti. Tapi mereka buat sistem gilir dengan pasangan masing-masing,” jelasnya. Luahan pengasuh itu meraih simpati warga maya yang mendoakan kesembuhannya. “Saya pun hantar anak ke pengasuh dan peka jika pengasuh tak sihat, batuk atau selsema. Kalau tak okay, maklum saja jangan segan. Saya susah hati kalau pengasuh tak sihat sebab pengasuh saya baik sangat. “Semoga dapat parents lebih baik selepas ni. Saya pun kalau pengasuh ada urusan, nak minta cuti, sakit saya okay je.Faham, pengasuh pun manusia. “Tak apa, rehat lah. InsyaAllah ada rezeki lain. Cuba cakap pada parents tolak gaji selama cuti, janji jangan hantar anak. “Kita manusia mesti ada masa sakit dan perlu rehat agar dapat menjaga anak-anak lebih baik serta selamat. Parents yang bertimbang rasa mesti boleh faham dengan baik,” komen warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube