suria

Marahkan keluarga kediaman sebelah, pemandu e-hailing pun kena tempias! Tak boleh turunkan tetamu jiran depan rumah

Masalah yang timbul di kawasan kejiranan perlu diselesaikan dengan cara baik. -Gambar hiasan

APABILA memilih untuk tinggal di taman perumahan atau flat, persediaan dari segi mental perlu dilakukan jika timbul masalah atau isu melibatkan kejiranan.

Tidak kiralah sama ada isu kecil atau besar, ia perlu diselesaikan secara baik melalui perbincangan.

Antara masalah biasa yang sering timbul termasuklah berkaitan parkir, bising, sampah dan banyak lagi.

Seorang pelayar turut berkongsi pengalaman serupa apabila mendakwa jiran sebelah rumahnya sering menimbulkan masalah sejak setahun mereka berpindah di sebuah kawasan perumahan yang tidak dinyatakan lokasi.

Isu parkir sering menjadi perbualan hangat  antara penduduk di sekitar kawasan kejiranan taman dan flat. Gambar hiasan

Isu parkir sering timbul di kawasan padat penduduk. -Gambar hiasan

Menurut individu itu, sepanjang setahun dia dan keluarga tinggal di situ, kebanyakan kenalan atau ahli keluarga yang datang akan bertanya tentang tindakan jiran yang meletakkan kenderaannya memasuki ruang hadapan rumahnya.

“Aku sakit hati dengan jiran sebelah ni. Masa awal pindah sini setahun lepas, aku pelik kenapa dia tak park hadapan rumah sendiri.

“Jadi, awal-awal tu aku memang membebel pada laki (suami) aku tentang tindakan jiran selalu park melebihi had rumah.

“Kawan-kawan atau pelanggan aku, BF adik malah kawan-kawan mak aku datang pun mengadu perkara sama, diaorang mesti tanya kereta jiran yang park melebihi ruang ke arah rumah kitaorang,” luahnya yang menyewa di kawasan kediaman berkenaan.

ARTIKEL BERKAITAN: Lagi cop parking, nak datang beraya pun susah... lelaki ini selamba lenyek kon, netizen pesan waspada perangai tak puas hati B40

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran punca wanita ‘resign’! Satu famili ‘selfish’ bab parkir, orang lain susah tak apa asalkan anak beranak mereka senang

Tambah ibu kepada seorang cahaya mata ini lagi, selepas kerap ditegur tetapi masalah tidak selesai, suaminya meletakkan kon di hadapan rumah sebagai cara untuk menghalang jiran daripada memasuki bahagian hadapan pagar rumahnya.

"Sejak itu, laki (suami) aku terus letak kon, hah mula la panas bontot diaorang,” katanya.

Tindakan itu bagaimanapun tidak disenangi jiran yang kemudiannya sering menunjukkan rasa tidak puas hati terhadap mereka sekeluarga.

Tambah wanita ini lagi, dia mahu membuat aduan kepada pihak berkaitan berhubung tindakan jiran namun dihalang oleh ibu dan suaminya.

Sejak itu, laki (suami) aku terus letak kon, hah mula la panas bontot diaorang.

MANGSA

Bercerita lanjut, katanya, sebelum dia dan keluarga berpindah ke situ, rumah berkenaan dikatakan sudah kosong selama tiga tahun.

“Suami saya cakap benda macam ni tak perlu tegur sebab orang macam ni nanti ada je dia (jiran) cari point kesalahan lain.

“Orang yang tak boleh toleransi ni baik kita jauh-jauhkan, kalau kita layan kita yang mental dengan perangai diaorang,” katanya.

Kata-kata suami ternyata ada benarnya apabila jiran didakwa sentiasa mencari kesalahan keluarganya dan sesiapa sahaja yang datang ke rumah mereka.

"Ada la satu hari tu adik aku balik kerja naik Grab, Grab tu drop-off depan rumah dia (jiran) lepas tu sementara adik aku nak turun tu dia hon-hon tak bagi drop depan rumah dia.

"Wah tahu pula kau 'panas' eh!" katanya.

Jangan sampai menyusahkan jiran hanya kerana sikap penting diri. Gambar hiasan

Masing-masing mempunyai cara tersendiri untuk meletakkan kenderaan di rumah. -Gambar hiasan

Perkongsian wanita ini mendapat perhatian warganet dengan ramai menyarankannya membuat aduan kepada pihak berwajib.

Ada juga yang berkongsi pengalaman sama terpaksa berdepan dengan jiran yang tiada kesedaran sivik.

“Ingat semua, seteruk mana pun kita, dah beli rumah nanti jangan bina gazebo luar kawasan rumah sampai tak ada parkir, lepas tu parkir hadapan rumah orang.

“Kes macam ni boleh buat aduan pada majlis perbandaran. Ambil gambar dan tunjuk. Nanti pihak berkaitan akan datang.

“I pun begitu, kalau tak boleh saya buat tak tahu sahaja.

“Saya terlintas di fikiran, sengaja dia buat begitu supaya orang pindah, rumah jadi kosong. Boleh digunakan sepenuhnya bila rumah kosong.

“Benda macam ni memang wujud, aku dah setahun lebih tak bercakap dengan jiran sebab isu parking. Kita suarakan isu ni dia (jiran) suarakan isu lain,” antara komen diberikan warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain