HIDAYAH itu milik Allah dan ia datang tanpa diduga. Kebesaran Allah itu disaksikan sendiri seorang penceramah bebas ketika melakukan kempen dakwah di jalanan beberapa tahun lalu. Berkongsi cerita, Mohamed Hanafiah Abdul Malek berkata ketika itu dia bersama rakan-rakan badan bukan kerajaan (NGO) terlibat dalam program 'Hijab Day' dengan kerjasama Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi). Lebih dikenali sebagai Ustaz Hanafi, katanya mereka turun padang berdakwah bagi menggalakkan orang ramai untuk cuba memakai tudung secara sukarela. "Ada ramai pelancong asing, ada minah salih, orang Korea, Jepun dan juga kawan-kawan kita dari kaum Cina dan India," katanya menerusi satu hantaran di Facebook. Kaum wanita mencuba pakaian muslimah. -Gambar hiasan Namun kata Ustaz Hanafi, dalam ramai-ramai individu yang mencuba mengenakan hijab pada hari berkenaan, terdapat seorang wanita Cina menunjukkan riak wajah yang masam, seperti tidak selesa. "Mungkin dia rasa janggal, mungkin dia rasa berat nak mencuba. Tapi apa yang berlaku selepas itu, sungguh luar biasa. "Dengan penuh lembut, kami pakaikan hijab padanya. Ketika itu juga, air matanya mula mengalir. Apabila dipakaikan jubah pula, dia menangis lagi," ujarnya yang mengakui sebak. ARTIKEL BERKAITAN: Penagih minta ustaz tempah bilik VIP di neraka, mati nak terus check in! Kini jadi siak masjid, insaf lepas ibu meninggal ARTIKEL BERKAITAN: Ustaz terkejut pendedahan ketua gengster, syarat nak jadi ahli kongsi gelap tak boleh derhaka dengan mak ayah Bercerita lanjut, Ustaz Hanafi memaklumkan bahawa wanita berbangsa Cina itu datang semula ke tempat kempen selepas dia pulang daripada kerja. Setibanya di tempat kempen ketika forum sedang dijalankan, wanita itu tampil bersuara dengan pengakuan yang mengejutkan ramai. "Dengan suara yang penuh keyakinan, dia berkata... saya nak masuk Islam. Kemudian kami ajar dia lafaz syahadah di hadapan orang ramai. "Selepas syahadah dilafazkan, air matanya mengalir deras. Ustaz tanya, kenapa awak menangis? Jawabnya, waktu saya pakai hijab masa kempen Hijab Day tu, saya rasa macam dijaga. Saya rasa dilindungi oleh Tuhan. "Subhanallah. Siapa yang jaga dia waktu itu? Siapa yang beri dia rasa selamat dan dilindungi? Jawapannya ialah Allah SWT. Siapa yang jaga dia waktu dia pakai hijab? Allah SWT," jelas Ustaz Hanafi. Hati tenang selepas memeluk agama Islam. -Gambar hiasan Sehubungan itu, Ustaz Hanafi dalam hantaran sama di Facebook mengingatkan kepada masyarakat supaya menjaga Islam, dengan harapan Allah juga menjaga hambaNya. Menurut beliau, ini termasuklah menjaga solat dan berusaha untuk melakukannya pada awal waktu serta menambahkan solat-solat sunat. "Besar kesannya kepada hidup kita. Allah wajibkan kita solat sebab Allah nak ajar kita rasa kehambaan, nak ajar kita ada rasa bertuhan. "Macam mana nak jaga anak-anak kita? Ajar mereka kenal Allah, ajar mereka jaga solat. "Kita memang tak dapat menjaga mereka setiap masa. Mereka ada Tuhan yang sentiasa melihat, mendengar dan berkuasa ke atas dia. "Siapa yang boleh jaga mereka? Allah SWT sahaja. Mereka takut Allah, taat pada Allah dan Allahlah sebaik-baik penjaga," katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube