suria

Bibik lari, wanita minta jiran tolong jaga anak umur 16 bulan... Harap bayi lebih montel lepas tukar pengasuh

Pelbagai risiko perlu diambil kira sebelum menjaga anak asuhan. -Gambar hiasan

MENJAGA anak kecil bukanlah semudah yang disangka terutama sekali si manja yang berusia bawah dua tahun dan baru sahaja belajar berjalan.

Lebih merunsingkan apabila anak pada usia tersebut lebih gemar 'melekat' dengan ibu atau bapa daripada bermain sendiri.

Maka tidak hairanlah terdapat pengasuh mahupun orang gaji yang enggan menjaga anak-anak yang masih kecil.

Taska antara pilihan terbaik untuk ibu bapa menghantarkan anak-anak.

Taska antara pilihan terbaik untuk ibu bapa menghantarkan anak-anak.

Di media sosial, seorang wanita cuba mendapatkan pandangan warga maya selepas dia diminta untuk menjaga anak jirannya yang baru berusia 16 bulan.

Pada pandangannya, permintaan itu dibuat oleh jiran kerana dia juga mempunyai anak kecil dan bergelar suri rumah.

“Jiran aku minta tolong jagakan anak perempuan dia umur 16 bulan sebab orang gaji dia, dua-dua lari serentak.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita rimas pengasuh asyik tanya gaji, pagi buta hantar mesej peringatan... Makin menjadi-jadi ketika nak sampai hujung bulan

ARTIKEL BERKAITAN: Mak-mak stres hadap pengasuh jenis suka hati cuti... Suami sakit pun tak boleh mengasuh, bayar bulanan mau penuh!

“Aku tak kerja dan ada seorang pembantu, ada bayi usia enam bulan... dia minta jagakan sementara nak dapatkan orang gaji ganti.

“Korang rasa patut ke aku jaga? Susah tak jaga bayi umur 16 bulan dan apa alasan terbaik kalau nak tolak? Risau nak jaga anak orang,” luahnya buntu.

Menurut wanita ini, dia bukan enggan membantu namun keadaan rumahnya ketika ini tidak sesuai untuk kanak-kanak yang baru boleh berjalan.

Nak jaga anak orang ni memang kena fikir beribu kali. Selalu juga kenalan minta tolong jagakan anak dia walaupun dah banyak kali tolak sebab tak mampu dan tak berani.

WARGA MAYA

“Rumah aku ni jenis banyak tangga dan baby aku belum boleh berjalan, jadi tak ada safety gate lagi.

“Dan sekarang jiran aku cakap jealous sebab anak aku ni berisi. Anak dia kurus, jadi kalau aku yang tolong jaga, anak dia pun boleh berisi juga,” tambahnya lagi.

Luahannya itu mendapat pelbagai reaksi warga maya dengan kebanyakannya memberi nasihat supaya dia menolak permintaan tersebut dan tidak membantu menjaga anak jiran disebabkan terdapat pelbagai risiko.

Warga maya menasihatinya agar menolak permintaan jiran terbabit.

Warga maya menasihatinya agar menolak permintaan jiran terbabit.

“Suruh dia upah Kiddocare (servis penjaga anak). Cakap nanti apa-apa jadi kat anak dia macam cedera atau apa-apa je, you tak nak bertanggungjawab.

“Tak payah. Budak tengah melasak. Apa-apa jadi kau kena tanggung nanti. Sebelum bergaduh, baik elakkan. Anak saya 17 bulan, kerja memanjat je.

"Budak usia ni kena extra care sebab memang tengah sangat melasak, tolong cakap no!

“Maaf saya tak boleh memenuhi permintaan anda. Saya risau jaga anak orang, 16 bulan ni biasanya dah berjalan. Anak sendiri pun tak mudah nak pantau. Apa lagi anak orang lain... tolak je permintaan dia walaupun rasa bersalah dan mengecewakan, jaga diri sendiri dulu.

“Nak jaga anak orang ni memang kena fikir beribu kali. Selalu juga kenalan minta tolong jagakan anak dia walaupun dah banyak kali tolak sebab tak mampu dan tak berani,” demikian antara nasihat warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain