SEORANG wanita yang baru dua bulan memulakan kerjaya di sebuah syarikat meluahkan rasa tertekan dengan suasana tempat kerja yang disifatkannya sebagai toksik. Menerusi perkongsian di media sosial, dia menceritakan pengalaman pahit berdepan kritikan daripada seorang pengurus bahagian sumber manusia. Menurutnya pengurus tersebut sering memandang rendah terhadap penampilannya yang disifatkan 'berpakaian seperti perempuan kampung'. Menjaga tingkah laku di tempat kerja adalah penting. -Gambar hiasan "Saya sudah bekerja hampir dua bulan dekat sini sebagai perekrut dan eksekutif bahagian Sumber Manusia (HR). Setiap hari balik rumah menangis. "Dalam pejabat, hanya ada saya berdua je dengan pengurus HR. Dia asyik kritik dress code look 'perempuan kampung'," ujarnya sayu. Tidak cukup dengan itu, dia juga mendakwa pengurusnya merupakan seorang individu micromanage iaitu suka mengawal atau memantau setiap kerja yang dilakukan. ARTIKEL BERKAITAN: Bos toksik selalu maki depan pelanggan... Pemuda dah tak mampu bertahan dikerah kerja 12 jam sehari tiada OT, cuti sekali seminggu ARTIKEL BERKAITAN: Kerja bertimbun, persekitaran toksik... Jangan ‘resign’ dulu, 4 tip urus stres ini mungkin buat anda ubah fikiran Lebih memburukkan keadaan, wanita tersebut mendakwa telah menerima ugutan lisan sebanyak dua kali daripada pengurus yang sama. "Dia menyampuk masa saya bercakap dengan klien. Tegur secara terus apa yang salah masa saya bercakap tu. "Sudah dua kali dia ugut saya secara lisan. Dia ugut nak beritahu bos dan buang saya sebab tak suka cara kerja saya. Ingatkan kerja sebagai HR tak stres... lepas ni cuba beli baju yang nampak korporat. NETIZEN "Saya keliru sama ada persekitaran kerja ni teruk atau saya yang 'manja'," katanya yang terkilan dengan keadaan tersebut. Rata-rata netizen bersimpati dengan keadaan wanita ini dan menasihatkannya untuk mempertimbangkan semula pekerjaan tersebut. Selain itu ada juga yang menyarankan agar dia membuat laporan kepada pihak atasan atau mengambil langkah undang-undang jika wujud elemen buli dan ugutan. Komen netizen di media sosial. "Ingatkan kerja sebagai HR tak stres. Lepas ni cuba la beli baju yang nampak korporat. Fasal cara kerja tu lama-lama nanti okey la. Baru dua bulan kira masih fasa belajar lagi. "Sabar... tapi dalam bersabar tu banyak-banyak la mohon kerja lain. Sekali awak sudah dapatkan pekerjaan baharu, lari laju-laju dan jangan tengok belakang semula sis. "Manja tu kalau awak menangis sebab kena 'sembur' bila buat kerja tak betul. Tapi kalau asyik nak cari salah pekerja tu namanya toksik. Sekurang-kurangnya bagi saya macam tu la," komen netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube