KEJIRANAN yang baik memainkan peranan penting dalam meningkatkan kualiti hidup harian seseorang. Daripada sudut mental dan emosi, memiliki jiran yang prihatin dan mesra juga mampu mengurangkan beban yang anda hadapi Beruntung jika anda mempunyai kejiranan yang bermasyarakat, pastinya kehidupan anda sekeluarga lebih harmoni dan meriah. Itulah peranan yang dimainkan seorang pengguna media sosial apabila dia memuat naik perkongsian mengenai tindakan jirannya yang membawa pulang wanita lain ke rumah ketika si isteri berpantang di kampung. Berdasarkan perkongsiannya, individu ini mendakwa tindakan jiran lelaki itu membawa pulang perempuan lain ke rumah turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV). Wanita ini serba salah untuk beritahu jirannya yang sedang berpantang berkenaan sikap suaminya yang curang. Gambar hiasan “Apa anda buat kalau jiran sebelah rumah bawa balik perempuan lain? Bini (isteri) dia tengah berpantang kat rumah mak dia. “Aku geram, rasa panas hati je tengok muka laki dia! Tapi sebab rumah tangga orang jadi suami aku tak bagi masuk campur. Masalahnya aku kenal bini dia (jiran). "Aku ni perempuan tau. Baran la benda benda macam ni jadi depan mata,” luahnya di sebuah platform media sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri berpantang di kampung, suami galak buat angkara! Kantoi dengar suara perempuan jawab telefon waktu sahur ARTIKEL BERKAITAN: Kantoi bawa kekasih balik rumah! Lelaki nekad 'pulangkaKantoi n' isteri kepada keluarga, akui kecewa dicurangi Dakwa pengadu lagi, tindak-tanduk lelaki berkenaan membawa wanita berambut perang muda ke dalam rumah turut dirakam jiran yang lain. “Jangan risau, ada bukti CCTV. Dia siap menipu kata perempuan tu adik ipar dia. Nampak berambut perang, padahal adik iparnya bertudung dan gempal. “Mak mertua saya siap tanya siapa wanita tu... dia boleh bantai kata adik ipar tumpang tidur sebab bergaduh dengan suami. Aku ni perempuan tau... baran la benda benda macam ni jadi depan mata. PENGADU “Kenapa adik ipar kau tak balik rumah mak mertua kau jaga kakak dia berpantang? Lucu sangat apabila lelaki menipu,” ujarnya dengan penuh emosi. Tambah pengadu lagi, tujuan perkongsian berkenaan adalah untuk meminta pandangan kerana khuatir dengan emosi jirannya yang baru melahirkan dan sedang berpantang. Namun, pada masa sama dia tidak dapat menahan marah melihat perbuatan curang berlaku di depan matanya. “Aku rasa sedih. Siap terbayang kalau la jadi kat aku, betapa hancur hati ni apabila katil, rumah yang kita duduk tercemar dengan kekotoran yang amat keji. Emosi wanita dalam berpantang perlu dijaga bagi elak meroyan. Gambar hiasan “Boleh bayangkan tak perasaan bini dia kalau dapat tahu, tempat tidur dia ada orang baring. “Laki tu sudah la tak mampu nak check-in, lagi kau (perampas) nak suami orang yang ada empat anak” ujarnya. Perkongsian wanita ini ternyata mendapat perhatian ramai warganet dan rata-rata adalah wanita. “Kesian bini dia takut terkena penyakit. Kalau saya, akan beritahu selepas bini dia habis pantang. Kalau post partum depression nanti lagi bahaya. “Tak guna punya jantan. Isteri sedang berpantang kau boleh buat hal bawa perempuan lain. Elok rejam je!” anatak komen warganet. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube