PEMERGIAN insan dikenali sebagai Mak Menah, iaitu watak yang popular di media sosial lima bulan lalu pasti dirindui ramai terutama mereka yang sering melihat keletahnya di TikTok. Selain pengguna media sosial, tentu sekali kematian Mak Menah atau nama sebenarnya Ramnah Abdul Ghani ini memberi kesan lebih mendalam buat sepupunya, Otam Blurr atau Mohd Rustam Johari. Berkongsi kisahnya kepada mStar, Otam yang juga seorang pempengaruh media sosial meluahkan rasa berat hatinya untuk menerima kenyataan bahawa Mak Menah tiada lagi di sisi sejak 26 Julai lalu. View this post on Instagram A post shared by Otam Blurr (@otamblurr) "Sejak kematian Mak Menah, saya cuba belajar reda dengan pemergian dia. Tapi ada kalanya rindu tu memang tak boleh dibendung. "Kadang tengok video-video saya rakam sebelum ni dengan arwah... terus mengalir air mata. "Rasa berbeza sejak Mak Menah tinggalkan saya. Tak lama lagi Hari Raya tiba. Tak tahu nak hadap macam mana sebab tiada lagi gelak tawa dan telatah dia apabila berkumpul nanti," ujarnya ketika dihubungi mStar. Untuk makluman, Mak Menah yang terkenal dengan gelaran 'Makcik Petir' mempunyai penyakit hipoglasemia dan terpaksa menjalani pembedahan potong kaki kiri selepas terpijak paku pada awal Julai lalu. ARTIKEL BERKAITAN: TikToker Otam sayu saksi Mak Menah hembus nafas terakhir... Tiada lagi watak ‘Makcik Petir’ ARTIKEL BERKAITAN: Diabetes tak tunggu usia tua! Remaja suka makan jajan tak lepas check-up, gagal sertai PLKN... Umur 27 tahun kena potong kaki Namun takdir sudah tertulis, Mak Menah meninggal dunia pada usia 58 tahun iaitu seminggu selepas pembedahan tersebut dilakukan. Ujar Otam yang tinggal di Kampung Sungai Putat, Ayer Keroh, Melaka, dia cuba mencari jalan merawat kerinduan dan kesedihan dengan cara menyibukkan dengan pelbagai aktiviti. "Otam akan sibukkan diri setiap kali rindukan Mak Menah. Cuba lupakan dulu arwah buat masa dua hingga tiga bulan sejak pemergian arwah. Otam akan sibukkan diri setiap kali rindukan Mak Menah. MOHD RUSTAM SEPUPU MAK MENAH "Tapi tak dinafikan gelak tawa Mak Menah tu masih terngiang-ngiang lagi sampai sekarang walaupun dah lama dia tak ada," ujarnya. Otam menerusi akaun TikToknya sebelum ini sering berkongsi kandungan bergurau senda bersama arwah yang menghiburkan orang ramai dengan loghat Melaka. Jelasnya yang memiliki lebih 120,000 pengikut di TikTok, rendang air tangan Mak Menah merupakan antara perkara yang tidak mungkin dapat dinikmati lagi sampai bila-bila. Otam banyak berkongsi kandungan di TikTok bersama Mak Menah. "Bila tengok video-video lama, masih ramai rindukan Mak Menah. Apabila baca komen-komen, ada rasa terkesan sebab faham yang keletah Mak Menah ni jadi penghibur hati mereka sebelum ni. "Apa yang saya boleh katakan, hargai la insan yang tersayang ni selagi mereka ada. Jangan lengahkan masa untuk diluangkan bersama mereka. "Ambil video sebagai kenangan dengan cipta suasana gembira bersama mereka. Nanti semua video itu la jadi bahan paling berharga untuk kita sandarkan rasa rindu ni," katanya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube