SIJIL cuti sakit atau MC merupakan surat yang dikeluarkan oleh doktor bertauliah bagi mengesahkan bahawa seseorang itu tidak mampu untuk bekerja ataupun berurusan secara rasmi disebabkan sakit yang sedang dialami. Meskipun ia diiktiraf secara rasmi, namun masih terdapat pihak yang mempertikaikannya seolah-olah pekerja terbabit menipu ketika mendapatkan MC. Seperti hantaran tular, seorang wanita mempersoalkan rakan sekerjanya yang mendapat sijil cuti sakit selama dua hari tetapi dilihat keluar pada waktu malam. “Pelik sekarang ni, staf mesej majikan cakap tak sihat di sebelah pagi dan dapat MC dua hari, tapi malam boleh pergi lepak ya. Sijil cuti sakit dikeluarkan oleh doktor yang bertauliah. “Masa kerja sakit, tapi malam sihat walafiat, siap boleh post story lepak lagi. Kelu lidah,” luahnya. Posting yang dibuat itu mendapat perhatian warga maya yang kebanyakannya kurang senang dengan persepsi tersebut. Turut sama mengulas adalah pelayar media sosial yang mengakui berpengalaman dalam bidang tugas bahagian Sumber Manusia (HR). Baginya, seseorang individu itu tidak wajar untuk mempertikaikan tingkah laku pekerja yang diberikan MC selagi dokumen tersebut sah di sisi undang-undang syarikat. ARTIKEL BERKAITAN: ‘Burnout’ di ofis sampai sakit kepala, pergi klinik kena bebel pula! Pesakit mengamuk dakwa doktor ‘kedekut MC’ ARTIKEL BERKAITAN: Wanita selalu MC, tidur di meja... Rakan ofis syak kena kifarah! Dulu bangga tiada ‘morning sickness’, kutuk ibu hamil alami alahan “Apa masalah kalau MC siang tapi keluar malam? MC dia valid, doktor sahkan, maksudnya syarikat kena terima. “Awak tak ada hak untuk pertikai, awak ada masalah hati ni sis,” ulasnya. Malah dia turut mempertikaikan cara wanita terbabit yang didakwanya sebagai tidak profesional. Kalau kerap sangat MC hingga menganggu operasi, syarikat ada hak untuk ambil tindakan. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan komen, kebanyakan warga maya bersetuju dengannya kerana sijil cuti sakit telah dikeluarkan oleh pegawai perubatan yang bertauliah dan pekerja yang didakwa ‘melepak’ berkemungkinan hanya keluar makan kerana tiada penjaga. “Ni spesis HR suka 'skodeng' life orang. Lepas tu kaki adu bos sebab dia terpaling buat kerja. Sebenarnya dia dengki sebab tak dapat MC dua hari. Paling lama dia dapat pun sehari atau time slip. Aku tahu sebab aku admin dan HR. “Kalau dah dapat MC, aku tak kisah mana dia nak pergi sebab MC valid. Mungkin dengan cara keluar lepak tengok wayang atau merempit boleh buat demam dia kebah. Itu yang aku selalu cakap pada team. Warga maya yang pernah mengalami situasi MC dipertikai turut berkongsi pengalaman. “Sebab tu saya sekarang tak berhubung dengan kawan sepejabat di media sosial... pernah dipertikaikan MC. Saya demam hari Jumaat dan Sabtu pula ikut suami balik Melaka dan post baru sampai kampung. Hari Isnin masuk pejabat, tiba-tiba notis tak digalakkan cuti hari Isnin dan Jumaat,” demikian luahan warga maya. Bagaimanapun, terdapat segelintir individu menyelar tindakan pekerja terbabit yang dianggap menyalahgunakan MC bagi tujuan peribadi. “Kalau kerap sangat MC hingga menganggu operasi, syarikat ada hak untuk ambil tindakan. Ni ragam budak sekarang, orang dulu demam-demam pun kerja, sayangnya kat tempat cari rezeki. “Itu dah salah guna MC sis... boleh kena tindakan sebab menipu. MC tu maksudnya tak larat untuk buat kerja dan perlu rehat dan ia dah dikira bukti untuk syarikat berhentikan dia,” ujar segelintir netizen yang menyatakan pendapat berbeza. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube