ORANG kata buat baik berpada-pada, buat jahat jangan sekali. Tidak dinafikan wujud segelintir individu sanggup mengambil kesempatan terhadap kebaikan orang lain hingga menimbulkan rasa tidak selesa. Situasi menjengkelkan inilah yang dilalui seorang wanita selepas membenarkan jirannya menggunakan mesin basuh di rumah. "Macam mana nak cakap dengan jiran yang kita tak nak dia basuh baju kat rumah kita? Sebelum ni elok pula dia ke kedai dobi. "Jarak kedai dobi dari rumah kami cuma empat minit je," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial. Khidmat dobi layan diri menjadi pilihan ramai. -Gambar hiasan Mengimbas kembali bagaimana ia bermula, wanita tersebut berkata sebelum ini dia pernah mengizinkan jiran berkenaan yang jatuh sakit untuk menggunakan mesin basuh di rumahnya. "Selepas dia sakit tu, dia datang rumah nak cuci kain. Lepas tu pula jiran sebelah saya kata tolonglah, kasihan orang tu. "Saya pun tolonglah. Ingat sekali tu je, tapi berulang kali nak cuci kain kat rumah saya," ujarnya. ARTIKEL BERKAITAN: Nampak muka terus hempas pintu! Pemuda sakit kepala hadap perangai pelik jiran-jiran berusia... Dilayan dingin lepas pindah masuk ARTIKEL BERKAITAN: Jiran tak faham bahasa, gigih alih pasu bunga tepi rumah orang gara-gara nak parkir... Makin geram perangai buruk ‘menurun’ ke anak! Keadaan yang semakin berlarutan itu membuatkan wanita berkenaan terpaksa memberi pelbagai alasan kepada jiran tersebut, termasuklah berbohong. "Kadang-kadang saya terpaksa berbohong beritahu yang saya tiada di rumah. "Tapi apabila cuti sekolah ni susah sikit nak cakap tak ada sebab anak-anak saya selalu buat bising di rumah," katanya. Seronoklah dia basuh kat rumah awak sebab percuma... kalau pergi kedai dobi kena bayar. WARGA MAYA Tanpa mengenakan sebarang caj kepada jiran yang menggunakan mesin basuhnya, apa yang dikesalkannya adalah peralatan elektrik miliknya itu tidak digunakan dengan baik. "Mesin basuh saya berat 7 kilogram je, tapi dia buat macam dobi. Main sumbat je segala pakaian sampai mesin basuh tak bergerak dah. "Sakit hati saya, sudahlah saya ni sejenis berat mulut nak menegur. Macam mana dia boleh tak ada rasa malu nak datang rumah orang cuci kain. "Kain dia baru tujuh minit berpusing saya stop kan je sebab mesin basuh saya keberatan nak basuh baju dia. Tak kisahlah bersih atau t tidak, saya cuma nak selamatkan mesin basuh saya. Nanti rosak, suami marah pula," dedah wanita itu. Peralatan elektrik seperti mesin basuh perlu dijaga dengan baik. -Gambar hiasan Luahan wanita itu ternyata mengejutkan ramai warga maya di ruangan komen, dengan kebanyakannya memberikan pelbagai pandangan dan reaksi masing-masing. "Ni dah ambil kesempatan terhadap awak, jangan terlalu baik dengan orang. Jiran awak tak akan tolong baiki mesin basuh yang rosak. Awak juga yang akan susah nanti. "Seronoklah dia basuh kat rumah awak sebab percuma. Kalau pergi kedai dobi kena bayar. Minta je duit. "Cakap je terus mesin basuh awak dah bermasalah. Masa awak guna, mesin tu stop sendiri ke. Awak sendiri pun nak kena pergi basuh dobi buat sementara. "Buat baik berpada-pada. Awak kena terus-terang dengan dia. Jangan terlampau lurus," demikian antara komen warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube