ZAMAN sekarang pelbagai cara dilakukan untuk mendapatkan wang bagi menampung kos kehidupan yang semakin meningkat. Antara kaedah popular dilakukan adalah menerusi siaran langsung di platform media sosial seperti TikTok dengan menjual produk mahupun menerima hadiah daripada pengikut. Namun, seorang isteri terkejut apabila mendapat tahu suaminya amat baik hati dan pemurah memberikan wang RM3,000 kepada seorang TikToker yang berstatus janda tanpa membuat sebarang pembelian. Menerusi posting yang dikongsi wanita itu berkata pempengaruh berkenaan gemar melakukan siaran langsung dan didakwa menghantar mesej peribadi untuk berkongsi masalah kewangan serta rumah tangga. Seorang wanita mendakwa ramai lelaki berstatus suami orang memberi hadiah ketika siaran langsung dikendalikan seorang janda. “Hi, saya nak kongsi satu cerita. Ada seorang janda di TT (TikTok) selalu buat live (siaran langsung) semata-mata tayang muka. Dia akan DM (direct massage) lelaki untuk kongsi masalah dia. “Dia DM laki saya. Dia mengadu tentang hubungan dengan bekas suaminya. Dia mengadu tak ada duit. Mengadu sakit pening. “Akhirnya, minta tolong suami saya beri duit dan suami saya transfer kepadanya RM3,000. Alasan kesian. Apa anda fikir?” dakwanya di media sosial. Jelas wanita ini, suaminya memaklumkan kepadanya bahawa TikToker berkenaan masih bersuami namun menerusi siaran langsung memberitahu bahawa pasangannya tidak membantu menjaga anak. ARTIKEL BERKAITAN: Isteri kemaruk ‘live’ dengan lelaki lain, melarat sampai atas katil! Paling biadab berani campak makanan ke muka suami lepas ditegur! ARTIKEL BERKAITAN: Influencer menyesal tinggalkan dunia modeling lepas nikah! Nak jadi isteri solehah, suami anggap diri pelacur, haiwan “Pempengaruh berkenaan beritahu suaminya tidak beri nafkah dan sebagainya. Dalam masa sama dia beritahu tak ada duit sebab perlu tanggung keluarga. “Jadi, berjumpa pula dengan suami saya yang prihatin ni, cairlah dengan cerita dia,” ujarnya lagi. Wanita itu berkata, TikToker berkenaan memaklumkan dia juga perlukan wang untuk membeli telefon bimbit baharu kerana 'handphone' lama pecah dibaling oleh suaminya. Sejujurnya, saya rasa suami awak bodoh. NETIZEN Wanita ini turut memuat naik tangkap layar dan rekod siaran langsung yang dilakukan di media sosial. Individu ini dalam posting berbeza menyarankan agar kaum isteri di luar sana memantau suami masing-masing kerana khuatir turut menjadi korban pujuk rayu wanita lain. “Korang lebih baik check TikTok hubby ya. Berdasarkan pengalaman saya, mereka sanggup habiskan duit topup TT semata-mata nak bagi gift pada janda yang buat live. Pelbagai helah digunakan bagi meraih simpati orang lain. -Gambar hiasan “Tak percaya awak boleh tengok di mana-mana TT buat live (siaran langsung). Kebanyakan suami orang yang murah hati memberi ni,” katanya. Perkongsian ini mendapat perhatian pengguna Threads terutama dalam kalangan wanita yang berang dengan sikap TikToker terbabit.. Namun, ada juga yang menyelar wanita ini agar memantau suaminya kerana memberi wang dengan rela hati. “Dik, walau akak ni J (janda), tak jual muka di sosme. Ni janda letak tepi. Suami awak sepatutnya sekat dia dan jangan layan. Ni beri RM3,000. Allahu. “Sama-sama gatal. Nanti awak dapat madu sis. “Lelaki ni mudah kesian dengan wanita lawa yang tersakiti. Walaupun kena scam macam ni. “Sejujurnya, saya rasa suami awak bodoh. “Pemurahnya suami awak,” demikian antara komen warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube