SELALU kita terdengar golongan bujang tidak sabar untuk mendirikan rumah tangga kerana bosan dan rasa penat hidup bersendirian. Namun hakikatnya selepas berkahwin dan mempunyai cahaya mata, cabarannya lebih besar dan sudah pasti rutin harian akan berubah dan memenatkan. Selain menguruskan rumah, membesarkan anak juga memerlukan ketahanan mental dan fizikal serta kesabaran yang tinggi. Kehidupan keluarga lebih bermakna dengan kehadiran cahaya mata. - Gambar hiasan Berbeza dengan seorang wanita yang berpandangan menjadi seorang ibu tidaklah memenatkan berbanding kehidupan ketika dia masih bujang. "Saya kahwin masa umur 14 tahun dan sudah ada tiga anak masa umur 20 tahun. Hidup bujang lagi penat," katanya meninggalkan komen kepada status seorang wanita berkaitan hidup selepas kahwin memenatkan. Komen wanita itu yang menyatakan dia berkahwin di usia 14 tahun mendapat perhatian ramai yang meminta dia menceritakan lebih lanjut pengalaman menjadi ibu ketika usia muda. ARTIKEL BERKAITAN: Kembali solo selepas cerai umur 19 tahun, gadis tak kesal kahwin muda cuma trauma dengan lelaki ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki warga emas kahwin gadis muda, beza umur 41 tahun! "Ketika di tingkatan satu saya ada masalah keluarga, tingkatan dua saya dah bersuami. Saya ada masalah kesihatan mental sejak usia lapan tahun lagi. "Tapi ia beransur pulih selepas berkahwin apabila suami bawa saya jauh dari tempat asal. Sebab tu saya katakan hidup bujang yang saya lalui lebih memenatkan daripada kehidupan selepas berkahwin," katanya lagi. Saya kahwin masa umur 14 tahun dan sudah ada tiga anak masa umur 20 tahun... hidup bujang lagi penat. IBU MUDA Wanita yang kini berusia 23 tahun itu bagaimanapun tidak menyatakan masalah keluarga yang dihadapinya. Warga maya yang inginkan kepastian turut bertanya kepada wanita itu sama ada dia bersekolah atau tidak ketika mengandung. Suami telah mengubah hidup seorang wanita yang mempunyai masalah keluarga sejak dari kecil. - Gambar hiasan "Ya saya masih bersekolah ketika mengandung, namun terpaksa berhenti tiga bulan sebelum bersalin disebabkan isu keluarga. "Saya ada hantar surat rayuan masuk sekolah semula tetapi tak sempat kerana anak saya lahir awal ketika kandungan berusia 34 minggu," katanya yang bakal menyambut ulang tahun ke-10 perkahwinan pada April depan. Menceritakan pengalaman bergelar isteri dan ibu pada usia muda, wanita itu mengakui pada awal perakhwinannya dia tidak pandai memasak dan mengemas rumah. "Rumah seperti banjir sebab saya tidak tahu mop lantai, masak pun tak reti. Tiga tahun pertama suami yang masak untuk kami sekeluarga dan selepas itu baru saya boleh memasak," katanya yang mempunyai dua anak lelaki dan seorang perempuan. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube