suria

Takut rezeki tak masuk, pemuda tegur kekasih kemas meja selepas makan di kedai... Tak senang duduk tengok pinggan bertindih

Staf restoran perlu membersihkan banyak meja dalam masa sehari. -Gambar hiasan

MEMUDAHKAN urusan orang sekeliling merupakan satu amalan mulia.

Antaranya mengemas meja apabila selesai makan di restoran supaya dapat menyenangkan tugasan pelayan untuk mengangkat pinggan dan gelas.

Bagaimanapun, melalui satu hantaran di laman sosial, seorang wanita mendedahkan sikap pelik teman lelakinya ketika menjamu selera di kedai makan.

Keprihatinan pelanggan sangat dihargai oleh pekerja restoran. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, pasangannya mengaitkan tabiat mengemas meja dengan kepercayaan orang terdahulu yang negatif.

"Tadi saya pergi sarapan seperti biasa dengan boyfriend, kami makan roti canai. Selepas habis makan, saya satukan semua pinggan supaya mudah staf restoran nak bersihkan meja kami nanti.

"Tiba-tiba boyfriend saya cakap begini dekat saya... awak nak tahu tak, orang dulu-dulu cakap kalau kita tindih pinggan, nanti rezeki tak masuk. Saya pun balas la balik... tapi rezeki Tuhan yang bagi.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak jadi ‘picky eater’ sebab amalan tiada garam tiada gula? Wanita risau ibu moden asyik suap makanan tawar, banyak pantang larang

ARTIKEL BERKAITAN: Balik rumah asyik tidur, mak mentua canang sekampung perangai menantu... Siap larang anak tolong isteri buat kerja rumah!

"Saya rasa tak logik langsung apa yang dia cakap tu. Kemudian boyfriend saya cakap begini... itu betul, tapi ada baiknya kalau kita dengar apa yang orang dulu-dulu cakap, mungkin ada kebenarannya.

"Entah la, saya pening fikir apa yang boyfriend saya cakapkan tu, saya tak nampak kaitannya. Apa pendapat kalian?," soal wanita itu meminta pandangan.

Kita sebagai orang muda kena pandai tapis nak ikut yang mana satu, jangan terima membuta tuli.

WARGA MAYA

Menjengah ke ruangan komen, warga maya berpandangan pantang larang yang dimaksudkan itu mungkin mempunyai makna tersirat yang lain.

"Cakap orang tua ni kita jangan hadam bulat-bulat, mesti ada mesej tertentu yang hendak disampaikan. Bukanlah bermaksud kalau kita langgar, rezeki kita akan terus terputus. Ia hanya bertujuan untuk memberikan kesedaran kepada kita.

Pelayar bertukar pandangan.

"Macam apa yang boyfriend awak cakap tu, pinggan bertindih walaupun memudahkan kerja pelayan, tapi nampak buruk kalau orang lain tengok. Mungkin sebab tu boleh wujud pantang larang sedemikian.

"Nasihat orang-orang tua ni memang banyak sangat kalau kita nak ikut satu-persatu, ada pernah sekali ni saya tengah potong terung. Tiba-tiba mak saya cakap jangan potong kepala terung tu, hanya kikis je kepala dia.

"Sebab katanya nanti hantu terung marah. Ini kelakar, dah macam khurafat pun ada. Kita sebagai orang muda kena pandai tapis nak ikut yang mana satu, jangan terima membuta tuli," kata warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain