RUMAH sebagai tempat berteduh sepatutnya menjadi lokasi paling selesa untuk berehat selepas seharian penat bekerja. Bagaimanapun seorang individu berdepan pengalaman buruk hingga diserang masalah kemurungan apabila rumah yang disewanya dipenuhi najis burung. Menurut pengadu dalam satu hantaran di Facebook, bahagian siling rumah yang didiaminya dipenuhi najis burung sehingga reput dan merekah. Foto keadaan ruang siling dikongsikan penyewa. “Saya dah tak tahan duduk sini. Saya alami kemurungan kerana masalah rumah yang tak selesai hingga tak boleh kerja. "Atap rumah ni bahaya. Najis burung penuh atas siling dan siling dah reput serta ada crack (rekahan). "Ada juga ulat jatuh dari atas ke dalam bilik tidur serta habuk-habuk daripada sarang burung," katanya menjelaskan situasi dalam grup Peguam dan Pengguna Malaysia. Lebih mengecewakan, meskipun tuan rumah sudah datang melihat keadaan tersebut, tiada penyelesaian dan tindakan diambil. ARTIKEL BERKAITAN: Penyewa lama tinggal ‘bala’, surat amaran merah penuh peti pos... Suami isteri ketakutan, risau rumah disimbah cat merah! ARTIKEL BERKAITAN: Seorang penyewa sudah cukup buat ‘owner’ pening! Liat bayar sewa, rumah sempurna berubah ‘tongkang pecah’ Sementara itu difahamkan penyewa ini juga sudah menyatakan hasrat untuk berpindah tetapi dihalang tuan rumah dengan alasan perjanjian sewaan selama dua tahun hanya akan tamat pada Mac 2025. "Wujudkah manusia yang sanggup hidup dalam anxiety... terpaksa berhadapan dengan sarang burung, najis burung, siling crack yang tunggu masa nak roboh. "Itu belum lagi tempat tidur dan tempat kerja yang dipenuhi habuk, ulat daripada bangkai burung. Ada juga ulat jatuh dari atas ke dalam bilik tidur serta habuk-habuk daripada sarang burung. PENGADU "Saya nak keluar rumah tanpa bayar sewa. Ada deposit rumah RM2,200 tapi butiran tak dapat dikongsikan di sini," jelasnya. Menurut pengadu, dia berharap ada cadangan atau nasihat bagi menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Perkongsian itu mendapat pelbagai respons netizen yang bersimpati dengan nasib pengadu. Komen netizen memberikan cadangan. Rata-ratanya turut memberikan cadangan yang boleh dilakukan penyewa sebelum beransur keluar daripada rumah tersebut. "Tak payah bayar sewa lagi. Cakap belum ada duit nak bayar. Apabila cukup berapa yang awak bagi deposit tu... keluar senyap-senyap je. "Tapi kena ada polis report juga la sebab tuan rumah ada buat perjanjian kan. Sementara tu tutup semua laluan burung. Jangan bagi ia masuk lagi," komen seorang netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube