suria

Wanita sakit hati dengan ibu sendiri, asyik lebihkan suami baharu... Suruh mengasuh cucu pun tak mahu!

Mengasuh anak adalah tanggungjawab sendiri bukannya ibu atau bapa. -Gambar hiasan

PERTIKAIAN seorang wanita terhadap ibunya kerana enggan membantu meringankan beban mengasuh anak mengundang kecaman orang ramai.

Dalam luahan tersebut, wanita berkenaan meluahkan rasa kecewa terhadap ibunya yang dikatakan lebih mengutamakan bapa tirinya berbanding menjaga cucu sendiri.

Wanita tersebut menyatakan rasa tidak puas hati apabila ibunya enggan membantu menjaga anaknya kerana khuatir suami baharunya itu akan marah.

Seorang wanita terasa hati dengan sikap ibunya selepas berkahwin baharu. -Gambar hiasan

"Apa pendapat anda semua... Ibu sendiri lebihkan suami dia (bapa tiri aku) daripada jaga cucu sendiri.

Risau suami marah," ujar wanita itu dalam hantarannya.

Hantaran tersebut mengundang pelbagai perdebatan dalam kalangan warga maya.

ARTIKEL BERKAITAN: Hajat termakbul di Makkah, terkedu wanita mirip arwah nenek muncul depan mata - "Rasa nak peluk je makcik tu"

ARTIKEL BERKAITAN: Jenazah nenek masih terbujur di rumah, cucu disuruh masak lauk ayam... Kasihan tetamu datang ziarah lapar tak makan

Ada yang menyokong tindakan ibu wanita itu, namun tidak kurang juga menyatakan pendapat sebaliknya.

Menurut salah seorang warganet, dia menekankan bahawa ibu wanita itu mungkin sekadar menjalankan tanggungjawab sebagai seorang isteri.

"Dia macam ni la kak... pandai buat anak, pandai la jaga. Minta ibu sendiri tak salah. Dia nak tolong, Alhamdulillah itu belas ihsan ibu.

"Tapi kalau dia tak nak tolong sebab pentingkan suami dia pun tak salah. Syurga ibu awak dekat suami dia bukan dekat bawah tapak kaki kita. Kita jaga anak kita," ujar individu berkenaan.

Mak saya dah pencen, biar la dia enjoy hidup dia berpencen.

NETIZEN

Hantaran tersebut seterusnya membuka perbincangan lebih luas mengenai peranan seorang ibu terhadap anak kandung apabila mereka sudah mempunyai keluarga sendiri.

Ada yang merasakan si ibu wajar membantu, namun rata-rata berpendapat tanggungjawab menjaga anak tidak patut dibebankan kepada si nenek, terutama jika mereka mempunyai komitmen lain.

"Saya sebagai suami sanggup biar isteri tak kerja. Semata-mata nak isteri yang jaga anak-anak sendiri, bukan orang lain. Mak saya dah pencen, biar la dia enjoy hidup dia berpencen. Takkan aku nak bagi tugasan baru jaga anak aku pula.

Komen netizen di media sosial.

"Dia wajib utamakan suami dia. Cucu itu ibunya yang bertanggungjawab untuk cari penjaga bukan nenek yang kena jaga. Kalau nenek tu sendiri yang memang nak jaga, lain ceritanya. Tapi kalau nenek tak nak, tak salah pun.

"Anak sendiri bela la sendiri. Awak hantar anak rumah mak, lepas tu bangga beritahu dekat media sosial... wah bestnya dapat berbulan madu. Mak tu nak pergi masjid mengaji pun susah.

"Lepas tu duit pun tak bagi," komen netizen memberikan pendapat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain