suria

Jiran buat tanah kosong macam hak sendiri... Penat orang lain tarah semak, esoknya datang tanam pokok nanas

Ramai yang gemar memanfaatkan tanah kosong berhampiran rumah dengan aktiviti berkebun.

MEREKA yang tinggal di taman perumahan sememangnya akan memanfaatkan ruang tanah kosong berhampiran rumah.

Perkara sama dilakukan wanita ini selepas kira-kira tiga tahun dia menyewa sebuah rumah teres yang mempunyai tanah kosong di bahagian belakang.

Berkongsi cerita di laman Facebook, dia yang merupakan ibu tunggal bagaimanapun terkilan apabila tapak yang telah dibersihkan untuk aktiviti berkebun diganggu jiran.

“Saya menyewa rumah taman dah tiga tahun lebih. Belakang rumah ada tanah... sebelum ni saya bersihkan tapi ada jiran berhampiran rumah belakang saya bercucuk tanam pula.

Jiran perlulah saling bertoleransi antara satu sama lain.

Jiran perlulah saling bertoleransi antara satu sama lain.

“Jadi saya biarkan walaupun kat belakang rumah sebelah pun dia bercucuk tanam.

“Lama-kelamaan dia berhenti dan jadi semak samun,” ujarnya.

Melihatkan situasi yang berlaku itu, dia kembali membersihkan halaman belakang berkenaan dan berhasrat memulakan aktiviti berkebun.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita terkejut pak guard ketuk pintu, siasat tuduhan renovasi rumah tengah malam... Rupanya jiran tingkat bawah buat aduan palsu!

ARTIKEL BERKAITAN: Jiran ‘terpaling’ minat berkebun, tanah rizab penuh pokok! Penduduk geram ‘view’ buruk, undang bahaya

Namun tanpa diduga, selepas sehari membersihkan tapak tersebut, anak jirannya tiba-tiba menanam pokok nanas.

Tidak puas hati dengan tindakan anak jiran, dia mengubah pokok nanas yang baru ditanam itu ke dalam pasu.

“Sejak itu, rumah saya selalu dibuang sisa makanan, sampah-sampah. Walaupun saya tak nampak, tapi saya yakin dia orangnya.

Kumpul bukti dulu dengan pasang kamera keselamatan, apabila dah cukup bukti boleh buat laporan polis.

WARGA MAYA

“Hari ni, pagi-pagi saya nampak dia letakkan sisa roti kat pokok bendi saya.

“Jadi saya campak balik ke rumah dia... saya balik rumah malam ni, cangkul-cangkul dan baja saya hilang,” luahnya yang terpaksa berdepan situasi itu sejak empat bulan lalu.

Buntu dengan masalah yang timbul, dia cuba mendapatkan nasihat daripada warga maya.

Warga maya berkongsi pendapat dengannya.

Warga maya berkongsi pendapat dengannya.

Tambahan pula, sudah banyak kali sampah dan sisa makanan dibuang di belakang rumahnya sehingga menyebabkan kawasan itu berbau busuk.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya tampil memberikan nasihat dan cadangan bagi membantunya mengatasi masalah yang dialami.

“Tuan ada simpan surat menyewa atau apa-apa bukti yang tuan bayar sewa? Boleh adukan ke tuan rumah, minta dia ambil tindakan, kita hanya menumpang harta orang tapi bukan percuma... kalau dia tak mahu buat, kira dah langgar undang-undang kontrak dan minta ganti rugi dari tuan rumah atas kehilangan aset tuan atau biar dia selesaikan dengan rumah sebelah.

“Kalau luar pagar rumah, sudah dikira bukan hak kita... berlapang dada. Tanam dalam pasu di hadapan rumah dan susun elok-elok.

“Kumpul bukti dulu dengan pasang kamera keselamatan, apabila dah cukup bukti boleh buat laporan polis.

“Bincang dengan cara baik, kalau berkeras juga bolehlah ambil tindakan,” demikian nasihat warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain