suria

Pakai gelang biasa dilabel B40, wanita tahan sabar dengar remaja perempuan mengumpat! Saja cakap kuat-kuat nak hina orang

Tidak wajar merendah-rendahkan penampilan orang sekeliling. -Gambar hiasan

KATA-KATA ada kalanya boleh menjadi lebih tajam daripada mata pedang.

Demikian itu kita hendaklah sentiasa perlu menjaga pertuturan kerana terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya.

Melalui satu perkongsian di media sosial, seorang wanita berkongsi momen hitam yang membuatkan hatinya terguris.

Tiada faedah yang diperoleh dengan menghina seseorang. -Gambar hiasan

Menurut wanita itu, ketika kejadian dia sedang membeli makanan daripada sebuah gerai selepas menghadiri sebuah acara.

"Hari tu saya ada pergi satu event ni, waktu dekat sana, saya pakai gelang tangan yang kawan karib saya pernah hadiahkan suatu masa dulu. Tengah berjalan, perut rasa lapar, jadi saya singgah ke sebuah gerai yang menjual makanan Arab.

"Dekat gerai tu ada tiga remaja perempuan yang tengah tunggu makanan, sekali tengok nampak mereka macam student. Selepas saya pesan makanan, abang penjual tu cakap mungkin lambat sikit siap sebab banyak order masuk.

ARTIKEL BERKAITAN: Wanita anak ‘berderet’ herdik kawan TTC 14 tahun, siap hina macam kain buruk! Suka tulis status menyindir, ‘pantang’ nampak orang pergi bercuti

ARTIKEL BERKAITAN: Dihina mandul rakan sendiri! Pengasuh reda, tumpang kasih anak asuhan... Netizen doa Allah hadirkan nyawa dalam rahim sendiri

"Dia minta saya pusing-pusing dulu sementara tunggu makanan siap. Saya pun okay je, sebelum gerak, saya bayar dulu makanan dengan menggunakan kod QR. Saya keluarkan telefon pintar dan imbas seperti biasa.

"Selesai bayar, saya tunjuk dekat abang tu dan berlalu pergi untuk mula meronda. Tiba-tiba saya tercuri dengar perbualan tiga remaja perempuan tadi tu, berdesing telinga saya ni," kata wanita tersebut luluh hatinya.

Wanita itu mendakwa kumpulan remaja berkenaan bercakap buruk mengenai penampilannya.

Remaja perempuan tu bercakap dengan nada suara yang kuat, seolah-olah sengaja nak bagi saya dengar..

PENGADU

"Mereka cakap begini, saya dengar jelas... kenapa akak tu pakai gelang tangan B40 tapi telefon pintar dia macam orang T20. Remaja perempuan tu bercakap dengan nada suara yang kuat, seolah-olah sengaja nak bagi saya dengar.

"Lepas tu kawan mereka balas pula macam ni... aku ada je kenal orang yang B40 tapi pemakaian dia acah T20. Saya terus jeling ke arah mereka, tapi mereka buat-buat pandang ke tempat lain, tak nak bertembung pandangan dengan saya.

Setiap apa yang dituturkan akan dipertanggungjawabkan di akhirat kelak. -Gambar hiasan

"Apa masalah mereka ni, saya tak kacau pun hidup mereka," ujar wanita itu terkilan.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya meminta wanita itu supaya kekal cekal dan tidak menghiraukan kata-kata negatif daripada orang sekeliling.

"Mereka cuma cemburu je, hati busuk, itu sebab suka cari pasal dengan orang. Biar je, kita buat hal kita," ujar pelayar.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain