suria

Gelang emas pemberian nenek tak ‘kosong’, cucu kesayangan derita kandungan kerap gugur... Ustaz kata ‘benda’ tu makan janin

Barang kemas boleh menjadi tempat tumpuan jika ia dipuja bagi tujuan tertentu. -Gambar hiasan

MENYAYANGI cucu-cucu melebihi anak dan menantu sendiri itu sudah menjadi lumrah dalam kitaran kehidupan.

Namun begitu dalam beberapa situasi, terdapat seorang cucu menjadi kesayangan datuk dan nenek dan akan menikmati kelebihan tertentu seperti diberikan wang atau hadiah.

Begitu juga dengan seorang wanita yang dikenali sebagai Melati apabila dia menjadi cucu kesayangan dan kegemaran neneknya.

Tahap sayang nenek terhadapnya hingga sanggup menghadiahkan seutas gelang emas bersaiz besar kepadanya.

Bagaimanapun tanpa diduga, pemberian itu mengundang padah kepada Melati seperti dikongsi teman baiknya.

Pada usia kehamilan 40 minggu, janin sudah siap untuk lahir. - Gambar hiasan

Pada usia kehamilan 40 minggu, janin sudah siap untuk lahir. - Gambar hiasan

"Gelang emas tu besar dan nampak macam emas padu. Dia kata tok (nenek) dia bagi sebab dia cucu kesayangan. Bagi sorok-sorok sebab tak nak pak dan mak menakan (ibu bapa saudara) tahu.

"Sepupu-sepupu dia pun tak tahu takut jadi isu pilih kasih," cerita individu itu tentang gelang emas yang diterima Melati.

Beberapa hari selepas itu rumah Melati dipecah masuk pencuri dan beberapa barang berharga dilaporkan hilang kecuali gelang emas pemberian nenek.

ARTIKEL BERKAITAN: Perawat Islam kongsi ciri-ciri rumah ada Genderuwo... Gangguan nombor 3 ramai alami

ARTIKEL BERKAITAN: Bengang diajak ke kedai emas suami campak sushi, tinggal isteri sendirian di mall! Dulu masa terdesak habis barang kemas bini digadai

Dikhabarkan pencuri berkenaan bukan sekadar mencuri, malah turut makan serta membuang air besar di dapur rumah Melati.

"Melati jadi trauma, sejak kejadian itu dia dengar bunyi pelik dari bumbung dan ada masa tertentu rumahnya juga bergegar.

"Selepas beberapa hari diganggu mereka suami isteri buat keputusan mencari perawat. Menurut kata perawat, pencuri yang pecah masuk ada ilmu.

"Pencuri tu berak dan makan supaya tidak dapat dijejaki. Ketika suaminya dan perawat bersembang, Melati tiba-tiba mengalami kerasukkan. 'Benda' yang merasuk Melati tu sangat berang, mengamuk," katanya menambah Melati juga sedang cuba untuk hamil atau trying to conceive (TTC).

Sebenarnya bukan gelang tu saja yang Melati harus warisi tapi benda ghaib tu juga.

TEMAN BAIK

Menurut cerita individu itu lagi, perawat memberitahu gangguan yang berlaku adalah berpunca daripada gelang emas yang dipakai Melati.

Difahamkan ada 'sesuatu' yang tersembunyi di sebalik gelang milik neneknya itu.

"Ada 'benda' dalam gelang tu. Sebenarnya bukan gelang tu saja yang Melati harus warisi tapi benda ghaib tu juga.

"Kenapa Melati? Sebab dia anak sulung daripada anak sulung. Aku tak ingat la tapi ada kena-mengena dengan kedudukan dalam keluarga," katanya.

Tambahnya, Melati masih buntu tentang kaedah untuk membuang gelang berkenaan dan pada masa yang sama masih meneruskan rawatan.

Ketika itu baru Melati sedar masalah untuk mendapat zuriat juga berkemungkinan ada kaitan dengan mistik.

Memiliki zuriat adalah impian pasangan suami isteri. - Gambar hiasan

Memiliki zuriat adalah impian pasangan suami isteri. - Gambar hiasan

"Lepas berubat, mungkin juga kebetulan, Melati hamil. Dia cuti tanpa gaji sebab nak jaga kandungan. Tapi suatu hari tu Melati datang, dia pegang tangan aku dan beritahu dia gugur.

"Ya Allah kesiannya, ustaz kata 'benda' tu makan janin. Melati kena teruskan rawatan. Selepas beberapa lama dia hamil sekali lagi, kali ni kembar tiga. Melati terus berhenti kerja.

"Sekali kami berjumpa dan suatu hari muka dia agak pucat. Melati cerita baby dalam kandungan dia 'hilang' satu per satu. 'Benda' tu makan," katanya.

Menurut teman baik Melati itu lagi, gelang pemberian nenek itu dipulangkan semula dan setelah lama berubat akhirnya dia pulih.

"Alhamdulillah Melati hamil lagi dan kali ini kandungan dia selamat. Berderet pula lepas tu. Tujuh tahun Melati TTC dgn penuh ujian. Akhirnya dia dapat menjadi ibu.

"Melati memang sangat berhati-hati lepas kejadian hitam tu. Yang tengah TTC tu kalau doktor kata suami isteri sama-sama sihat, subur, dan tak ada masalah, ikhtiar pula dengan cara alternatif.

"Sekarang banyak perubatan Islam yang boleh dipercayai," katanya mengakhiri perkongsian.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain