MENGECAPI kebahagiaan rumah tangga tidak mudah tetapi bukan mustahil jika setiap pasangan saling menghormati, berkasih sayang dan bertoleransi dalam menjalankan tanggungjawab. Nikmat kebahagiaan itu bukan hanya tentang memenuhi keperluan fizikal, tetapi juga emosi, mental dan kerohanian pasangan. Seorang wanita berkongsi kebahagiaan rumah tangganya tanpa perlu berpenat atau bersusah payah menyediakan juadah, mengemas rumah, menggosok baju dan sebagainya. Keluarga bahagia menjadi idaman setiap pasangan suami isteri. -Gambar hiasan Seorang wanita berkongsi kebahagiaan rumah tangganya tanpa perlu berpenat atau bersusah payah menyediakan juadah, mengemas rumah, menggosok baju dan sebagainya. "Saya nak berbicara mengenai perkahwinan saya. Saya tak masak tapi makan di luar atau buat pesanan melalui Grab, juga tak kemas rumah tapi hujung bulan panggil orang mengemas. "Malah tak gosok baju suami atau uruskan pakaiannya sebab dia seorang yang mudah dan selesa memakai kemeja yang tidak perlu digosok. Saya juga tak cakap banyak sebab suami sentiasa ada cerita baru untuk dikongsi," katanya. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita kemas rumah ala kadar, tak pulun mengemas sampai semua nampak sempurna! Hasilnya hidup lebih bahagia, kurang stres ARTIKEL BERKAITAN: Lantik isteri jadi ‘menteri kewangan’ keputusan terbaik! Lelaki ini dedah rahsia 19 tahun hidup bahagia... Mampu beli MPV, rumah teres Wanita itu memaklumkan dia bagaimanapun melakukan beberapa tugas seperti mencuci pakaian setiap hujung minggu kerana dia sangat menitik beratkan aspek kebersihan. "Apa yang saya buat? Hubungan seksual yang baik dan hebat. Sentiasa berpelukan, bersentuhan sepanjang masa. Kalau boleh nak masuk dalam baju. "Saya juga bayar semua komitmen bulanan. Walaupun suami bagi duit tetapi disebabkan saya juga bekerja jadi tak kedekut untuk bayar keperluan rumah. Pinjaman belajar, segala pinjaman lain saya bayar sendiri," katanya. Kalau boleh dan sempat rajin-rajinlah masak kerana masakan adalah sumber kebahagiaan. NETIZEN Tambahnya, dia juga membelanjakan gaji untuk memenuhi segala keperluan anak lelaki tunggalnya. "Cakap apa je, kalau OK saya bayar. Saya juga mewahkan suami dengan membeli hadiah seperti minyak wangi, pakaian dan kasut. Selain keluar bercuti," katanya. Dalam pada itu, katanya, suami juga sentiasa memainkan peranannya dengan baik terhadap dirinya sepanjang 12 tahun perkahwinan mereka. "Dia sangat menyayangi saya, dia juga sentiasa mengekalkan kekuatan seksual. Selain rajin membuat kerja luar rumah seperti memotong rumput. Reaksi netizen. "Malah, setiap hujung minggu akan menenami saya ke dobi dan sentiasa berkata ya dengan apa yang saya ingin lakukan," katanya. Perkongsian berkenaan mendapat perhatian netizen dengan ada yang memuji, memberi pandangan atau nasihat. "Saya masih baru dalam alam perkahwinan jadi tak boleh komen apa-apa. Tapi kalau boleh dan sempat rajin-rajinlah masak kerana masakan adalah sumber kebahagiaan setiap orang. Kalau awak tak masak, suruhlah suami masak. "Laki ni macam mana pun sis, dia nak rasa juga9 air tangan seorang isteri. Jika tiba-tiba dia terkenal seorang perempuan yang mengambil berat perkara asas mengenainya jangan tanya la 'apa kurangnya saya'," kata warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube