suria

Suami hilang tanpa berita, isteri buta setelah 15 bulan tak henti menangis... Rupanya nikah wanita lain 18 tahun lebih muda

Doktor gigi terkejut mendengar kisah pesakitnya yang buta kerana kerap menangis. - Gambar hiasan

PERTEMUAN seorang doktor gigi dengan pesakitnya yang buta kerana terlalu banyak menangis mengingatkannya kepada watak Kassim Selamat lakonan P.Ramlee dalam filem Ibu Mertua Ku.

Menurut doktor wanita itu, makcik yang mempunyai masalah penglihatan itu datang ke kliniknya untuk memeriksa gigi.

Bermula dengan borak biasa, dia bangaimanapun terkejut apabila makcik itu memberitahu punca dia buta disebabkan terlalu kerap menangis gara-gara ditinggalkan suami.

“Aku tanya, memang buta sejak lahir ke, katanya tidak. Dia buta sejak usia 33 tahun kerana kuat menangis.

“Aku macam betul ke makcik ni? Tak kan menangis sampai buta, ingat Kassim Selamat ke?

Sakit yang tiada ubat adalah merindui orang yang dicintai. - Gambar hiasan

Sakit yang tiada ubat adalah merindui orang yang dicintai. - Gambar hiasan

“Rupanya memang betul dia buta sebab menangis tak berhenti menyebabkan saraf mata bengkak dan perlahan-lahan menjadi buta. Lepas dengar kisah hidup dia, aku pula yang menangis,” kata menerusi perkongsian di laman sosial.

Bercerita lanjut, doktor itu berkata segalanya bermula ketika makcik berkenaan hamil anak ketiga yang mana dia menangis selama sembilan bulan dan masih terus mengalirkan air mata enam bulan selepas itu.

“Kisahnya bermula setelah dia mengandungkan anak dia yang ketiga, dia mula menangis selama sembilan bulan lamanya dan sambung menangis lagi lepas selamat bersalin selama enam bulan.

“Jadi secara keseluruhan menangis selama 15 bulan. Pada masa sama, wanita ini juga menangis lagi, nampak di hujung matanya basah,” katanya.

ARTIKEL BERKAITAN: Sering menangis minta nak kurus selepas cerai, akhirnya doa wanita makbul! Tak perlu diet, Allah beri ujian kehilangan dan kesakitan

ARTIKEL BERKAITAN:Wanita pangkat makcik-makcik ‘confess’ dengan doktor gigi, jujur beritahu pakai susuk di rahang! - “Tapi saya tengok dia biasa je”

Makcik berkenaan berkata, kehidupannya bahagia di awal perkahwinan dan dikurniakan dua anak yang comel dengan suami yang baik dan penyayang.

Namun, kehidupannya terus berubah selepas mengandung anak ketiga dan tiba-tiba suaminya hilang tanpa khabar berita.

“Makcik ni terlalu sedih fikirkan suami dia yang hilang tak jumpa, menangis siang malam sampailah mata jadi kabur.

Dia (pesakit) buta sejak usia 33 tahun kerana kuat menangis.

DOKTOR GIGI

“Dia (makcik) ikutkan perasaan yang terlalu sedih dan sambung lagi menangis sehingga suatu hari sebelah matanya tidak nampak.

“Dia pergi periksa mata di hospital dan doktor mengesahkan saraf matanya bengkak dan tak dapat diselamatkan lagi. Kini mata makcik ni buta kedua-duanya,” ujarnya lanjut.

Akhirnya, makcik ini reda dengan takdir dan cuba bangkit kembali untuk meneruskan tanggungjawab membesarkan anak-anak.

“Suami dia masih lagi hilang entah kemana tanpa sebarang jejak. Walaupun makcik ni OKU (orang kelainan upaya) penglihatan dia membesarkan anak-anak seorang diri tapi semua berjaya.

Ramai ibu tunggal mampu membesarkan anak-anak sendirian. - Gambar hiasan

Ramai ibu tunggal mampu membesarkan anak-anak sendirian. -Gambar hiasan

“Ada seorang kerja bank, cikgu dan yang bongsu baru saja berkahwin.

“Aku tanya siapa yang nikahkan anaknya, wali hakim ke? Makcik tu cakap tak, ayah mereka hilang bertahun-tahun,” jelasnya.

Rupanya, jelas wanita ini suami kepada makcik berkenaan yang disangka hilang bertahun-tahun sudah bernikah dengan wanita lain lebih muda.

“Mereka berkahwin sepenuh hati atas dasar cinta dan suka, bukanya paksaan dari orang tua.

“Lelaki berkenaan pergi dari hidupnya dengan memilih wanita berumur 18 tahun jauh lebih muda dan cantik sebagai isteri dan makcik ni ditinggalkan dan digantung tak bertali,” katanya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain