PERGADUHAN sesama adik-beradik merupakan lumrah biasa dalam keluarga, terutamanya ketika zaman kanak-kanak. Biasanya pergaduhan ini tidak berpanjangan kerana mereka akan berbaik semula dan meneruskan hidup seperti biasa. Namun, seorang gadis di TikTok mendakwa dia melalui pengalaman membesar yang suram apabila tidak bertegur sapa dengan abangnya selama 11 tahun. Pergaduhan sesama adik-beradik sering berlaku disebabkan perkara remeh. -Gambar hiasan "Masa saya kecil, saya tak bercakap dengan abang saya hampir 11 tahun. Dari saya umur sembilan tahun sampai 20 tahun. Sepanjang bertahun tu saya hidup dalam ketakutan. "Sebab abang yang tak suka saya suka jeling, tenung dan marah kalau saya bersembang dengan adik-beradik yang lain. Kalau keluarga berhimpun ramai-ramai, saya akan senyap. "Suara saya seolah-olah tersangkut kat tekak, takut nak bersuara. Sampai sekarang trauma walaupun hubungan kami dah okay. Tapi rasa janggal sangat," kongsi gadis itu. Masa saya kecil, saya tak bercakap dengan abang saya hampir 11 tahun. Dari saya umur sembilan tahun sampai 20 tahun. GADIS TIKTOK Dalam hantaran sama, dia turut meluahkan rasa terkilan kerana ibu bapanya tidak pernah berusaha untuk mendamaikan dia dan abangnya. "Paling terkilan, mak ayah saya tak berusaha untuk rapatkan kami sebagai adik-beradik. Adik-beradik tak bercakap tu perkara biasa ke?" tulis gadis itu lagi. Susulan perkongsian itu, seorang lagi pelayar TikTok berkongsi kisahnya yang tidak rapat dengan abangnya sehinggalah ke akhir usia. ARTIKEL BERKAITAN: Kakak halang ziarah, risau mak mengadu domba! Adik sedih nak masuk rumah pun tak boleh, terfikir andai ibu pejam mata ARTIKEL BERKAITAN: Isteri dilahirkan tak sah taraf, suami maki ‘anak haram’ setiap kali gaduh! Keluarga mentua sama naik mencaci "Jangan macam saya. Dulu rapat dengan abang, kemudian ada salah faham, umur 14 sampai 21 tahun tak bercakap langsung. "Akhirnya dia meninggal, saya bisik di telinga masa dia separa sedar. Saya bisik minta maaf, saya pun maafkan dia. Sedih, menyesal. "Bila dia tiada, baru sedar yang kita ni tak akan kekal lama di sini," kongsi individu itu di ruangan komen. Dalam pada itu, ramai netizen mengakui mereka juga berada dalam situasi sama. Ramai netizen mendedahkan mereka juga pernah bergaduh dengan ahli keluarga. -Gambar hiasan "Sama macam saya, walaupun hidup serumah, satu perkataan pun tak cakap. "Bila baca komen, rupanya ramai macam saya. Tak bercakap dengan abang dari tingkatan satu sampai umur 23. "Normal rasanya sebab kawan aku pun ramai macam ni," tulis netizen. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube