NIAT mahu singgah di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) untuk menggunakan kemudahan yang disediakan, tetapi malangnya seorang ibu terpaksa berdepan dengan situasi tidak dijangka. Lebih mengejutkan apabila dia dimarahi oleh pengguna lain yang sedang menggunakan kemudahan sama. Menurut wanita itu, kejadian berlaku di sebuah R&R ketika dia mahu menukar lampin anaknya. Ramai menggunakan kemudahan yang disediakan di R&R. -Gambar hiasan "Tak tahu nak react macam mana bila ada makcik ni guna bilik menyusu dan salin lampin bayi untuk mandi dengan anak dia yang dah besar dalam darjah dua atau tiga. "Saya cuba nak buka pintu tu sebab nak tukar lampin bayi. Sekali ada orang jerit dari dalam, Ada orang la, buka pintu macam tercabut. "Dengan sopan, saya cakaplah, Oh maaf, ingat tak ada orang tadi. Dia kemudian membebel di dalam tu suruh anak dia cepat," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial. ARTIKEL BERKAITAN: Wanita makan di R&R, lelaki misteri 2 kali datang duduk semeja! Pakcik tua muncul ‘ganggu’, tanya soalan aneh banyak kali ARTIKEL BERKAITAN: Seram solat di R&R, disangka surau kosong rupanya ada ‘peneman’! Makcik tepuk bahu terus jadi misteri Menunggu seketika, dia bagaimanapun terkejut dengan respons wanita berkenaan sebaik sahaja keluar bersama anaknya dari bilik tukar lampin bayi itu. "Bila dia keluar, dia terus sound, Pintu kunci tu ada oranglah! Eh overnya kau. Kemudian saya sound la balik, lah marah-marah ingatkan tengah salin lampin baby! Dalam apa situasi terpaksa pun, budi bahasa penting. WARGA MAYA "Dah salah tu nak marah-marah orang pula. Geramlah juga kan," ujarnya tanpa mendedahkan lokasi R&R yang dikunjunginya itu. Belum reda sakit hati kena marah, dia terpaksa berdepan pula dengan sikap wanita tidak bertanggungjawab menjaga kebersihan. Menukar lampin bayi memerlukan kesabaran. -Gambar hiasan Tindakan wanita itu dianggap mementingkan diri sendiri kerana membiarkan orang lain menggunakan kemudahan tersebut dalam keadaan kotor. "Bila masuk dalam bilik tu kotor amat dengan kesan selut berpasir dengan singki basah! Ya Allah sabar je la. Rasa nak nangis. "Walaupun bukan salah kita, kemudian kena marah macam tu. Tengah salin lampin bayi pun tahan sebak nak nangis," katanya lagi. Menerusi ruangan komen, rata-rata warga maya bersimpati dengan situasi yang dihadapinya, terutamanya terpaksa melayan kerenah pengguna R&R yang biadab. "Kau dah salah guna ruangan tu, lepas tu kau kotorkan pula. Keluar dengan muka 'toya' (selamba) macam tak ada apa-apa. Dasar selekeh! "Kat R&R biasanya ada bilik mandi sekali dekat tandas kan. Kenapalah pergi mandi kat tempat tukar lampin bayi tu. "Dalam apa situasi terpaksa pun, budi bahasa penting. Tindakan makcik tu marah-marah dan tinggalkan bilik tu dalam keadaan kotor adalah tak wajar," demikian komen warga maya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube