TIMBUL persoalan daripada seorang TikToker apabila memikirkan tentang resit pembelian perlu dicop pengawal keselamatan setiap kali selesai membeli barang. Amalan itu mungkin remeh atau tidak membebankan bagi sesetengah orang tetapi Iman Kamil mahu mengetahui lebih lanjut tujuan sebenar prosedur tersebut dibuat di sesetengah pasar raya. "Kenapa ya setiap kali beli barang, resit ni saya kena tunjuk dekat pengawal keselamatan yang tengah berdiri untuk dicop. Tangkap layar video dikongsikan Iman. "Kenapa nak kena cop, kalau tak cop tak boleh ke? Sebab ada je pasar raya tak payah cop, tak payah tunjuk resit pun," ujarnya dalam hantaran tersebut. Menerusi postingnya, Iman yang memiliki lebih 260,000 pengikut di TikTok merakamkan video menunjukkan dirinya baru sahaja pulang dari sebuah pasar raya. Dalam video tersebut, Iman turut menggabungkan rakaman lain menunjukkan situasi ketika proses mengecop resit dibuat oleh pengawal sebuah pasar raya. ARTIKEL BERKAITAN: Gadis dicekup edit resit! Beli jam RM54 tapi cuma 'transfer' 1 sen, dedah dah ramai kawan buat tapi tak kantoi ARTIKEL BERKAITAN: Individu hantar mesej ‘done’ bayar, kongsi foto resit siap sunting.... Peniaga rasa pelik dapat notifikasi transaksi 1 sen! "Ini sudah kita simpan dah resit dalam beg, nak kena keluarkan semula. Dia ingat saya nak mencuri ke. "Atau ada sesiapa tahu kenapa kena cop benda tu?" ujarnya lagi. Hantaran dibuat Iman meraih pendapat netizen di ruangan komen sehingga menjadi tular. Rata-rata warga maya turut berkongsi pengalaman mereka yang menghadapi situasi sama ketika membeli belah sebelum ini. Dapat resit minta cop pula baru saya boleh keluar palang bahagian luar tu. Stres saya kadang-kadang. NETIZEN "Pasar raya tempat saya ada dua kaunter. Mula-mula pergi kaunter untuk imbas. Lepas imbas, dia suruh pergi mesin pilih nak debit atau tunai. "Dapat resit minta cop pula baru saya boleh keluar palang bahagian luar tu. Stres saya kadang-kadang," ujar seorang netizen. Susulan kepada timbulnya persoalan ini, rangkaian pemborong dan peruncit halal terbesar tempatan, Mydin Malaysia turut menjelaskan situasi tersebut. Komen netizen di TikTok. Ini berikutan sistem cop resit selepas selesai membeli barangan juga dilakukan di gedung berkenaan bagi mengelakkan kes kecurian. "Kena cop sebab nak pastikan resit tu sudah disemak. Ada kes orang masuk semula pasar raya tu lepas tu ambil semula barang yang dia sudah beli. "Jadi dia ambil dua atau tiga kali. Alah, cop kejap je," jelasnya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube