suria

Nikah wanita narsistik, suami rasa sia-sia masuk universiti... Dakwa diri teraniaya, isteri bijak putar belit cerita sampai jadi kes polis

Seorang suami mengadu mengenai isteri yang menggigit jarinya. -Gambar hiasan

AGAK sukar untuk mempertahankan diri dan menegakkan kebenaran apabila berdepan dengan individu yang bijak putar belit.

Terpalit dengan situasi sama adalah seorang lelaki yang mahu mengambil tindakan terhadap isterinya sendiri yang didakwa melakukan penganiayaan.

Menurut lelaki itu, dia kini tidak lagi boleh berjumpa dengan anak selepas mendakwa isterinya membuat laporan palsu terhadap dirinya kepada pihak polis.

Pengadu mendakwa isterinya seorang wanita narsistik. -Gambar hiasan

"Isteri sudah keluar rumah dua bulan tapi belum failkan cerai bawa anak. Berfoya ke sana ke sini.

"Saya tak dapat jumpa anak sebab ada kes sivil. Isteri buat laporan polis kata saya pukul dia. Sedangkan cedera pun tidak.

"Saya yang cedera digigit jari oleh dia. Pandai manipulasi keadaan," ujarnya dalam hantaran di grup Facebook Tanya Peguam.

Berdasarkan penceritaannya, laporan polis yang dibuat oleh isteri menyebabkan dia ditahan reman namun tidak mendedahkan butiran lanjut.

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri mengaku dulu tak hormat suami sebab gaji rendah... Auto ‘respect’ lepas pasangan tukar kerja, pendapatan lebih tinggi

ARTIKEL BERKAITAN: Isteri minta cerai setiap kali gaduh, suami hilang sabar terlafaz talak 3! Ikatan 8 tahun terlerai walau masih saling sayang

Bagaimanapun, dia kini sudah bersedia untuk mempertahankan diri di mahkamah dengan mengumpul bukti termasuklah kecederaan yang dialami akibat digigit bekas isteri.

"Saya dah buat check-up (pemeriksaan doktor) untuk lawan di mahkamah selepas kena reman.

"Persoalan saya apakah tindakan saya boleh ambil untuk hal rumah tangga dan mempertahankan diri saya?

Orang macam ni otak dia laju ke depan dari kita ni.

NETIZEN

"Sebelah kaki saya dalam penjara dah. Rekod polis dah ada. Sia-sia saya belajar masuk universiti sebab dapat isteri narsistik macam ni," katanya.

Perkongsian lelaki ini meraih perhatian ramai yang rata-ratanya bersimpati dengan nasib menimpa dirinya.

Ramai juga memberikan nasihat dan pendapat untuk membantunya membela diri dan mencari keadilan.

Komen netizen di Facebook.

"Awak cari peguam yang boleh bantu awak. InsyaAllah awak akan berjaya lawan kes ni dan dapatkan hak penjagaan anak.

"Awak kena berhati-hati kalau berdepan dengan spesis narsisis ni. Tak mudah untuk berhadapan dengan orang macam ni.

"Saya rasa kalau awak nak lawan awak tak boleh sorang-sorang. Awak kena upah peguam. Orang macam ni otak dia laju ke depan dari kita ni," beberapa netizen memberikan pendapat.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain