MAJLIS perkahwinan merupakan acara sekali seumur hidup, justeru ia perlu dirancang dengan rapi. Antara aspek yang wajar diberikan perhatian adalah pemilihan jenis lagu ketika majlis resepsi berlangsung, ia harus sepadan dengan tema yang dipilih. Bagaimanapun melalui satu hantaran di laman sosial, seorang wanita meluahkan rasa kesal dengan DJ di sebuah majlis perkahwinan yang didakwa bersikap keras kepala dan memainkan lagu mengikut cita rasa sendiri. Kenangan pahit ketika majlis perkahwinan akan kekal selama-lamanya. -Gambar hiasan Menurutnya, majlis tersebut menjadi huru-hara kerana lagu yang dipasang tidak kena dengan suasananya. "Tema majlis adalah garden wedding. Tapi DJ pasang lagu klasik Melayu. Padahal pengantin dah beritahu, hanya mainkan lagu yang mereka sudah bagi dalam senarai. Tapi DJ nak ubah juga sebab katanya lagu tu bosan. "Aku geram betul la kalau DJ degil macam ni. Awak dah dibayar, jadi buat seperti apa yang disuruh. Satu lagi, waktu lagu tengah pasang, janganlah gatal-gatal nak bercakap dalam mikrofon. ARTIKEL BERKAITAN: Tetamu sibuk nak bergambar, jurufoto simpati raja sehari tak sempat makan! Lagi kesian, lauk pengantin pun kena ‘bedal’ ARTIKEL BERKIATAN: Saudara-mara buat kacau majlis kenduri, tambah jemputan sendiri! Pengantin malu makanan tak cukup, goodies habis "Ini bukan awak punya stesen radio, ini majlis orang. DJ ni siap menyanyi sekali dengan lagu, kalau nak tahu, pengantin dah beritahu awal-awal lagi yang mereka tak mahu karaoke. Apa yang susah sangat nak faham bahasa awak ni? "Tema majlis dah premium, venue cantik, orang yang datang classy, tapi pemilihan lagu 'rempit'. Tak pasal-pasal hancur majlis orang. Boleh saman ke kalau DJ macam ni?" ujarnya. Ada dua hingga tiga orang dah suruh DJ tu tukar ke lagu asal pengantin tapi dia masih berdegil, katanya tak meriah. WARGA MAYA Menjengah ke ruangan komen, warga maya lain juga berkongsi pengalaman yang hampir serupa. "Sama kejadian dengan majlis kahwin saya. Kita dah bagi senarai lagu instrumental piano sebab nak bagi tetamu makan dengan tenang. Tapi DJ saya ni sibuk nak pasang lagu merenjis-renjis juga. Pelayar bertukar pandangan. "Ada dua hingga tiga orang dah suruh DJ tu tukar ke lagu asal pengantin tapi dia masih berdegil, katanya tak meriah. Akhir sekali, saya punya sepupu terus pergi jumpa dia dan jerit depan muka, hoi, kau buka lagu pengantin sekarang. "Terus muram je muka DJ tu sampai habis majlis sebab tak dapat buka lagu yang dia suka. Saya dah sembilan tahun berkahwin, sampai ke hari ni masih tak puas hati," ujar beberapa pelayar. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube