suria

Biadab jemur kasut atas kereta baru beli, rumah dibiar kotor! Pemuda bujang terkejut tengok sikap buruk ‘housemates’ dah kahwin

Segelintir individu gemar membiarkan rumah yang dihuni berada dalam keadaan kotor. -Gambar hiasan

RUMAH pastinya meriah dan riuh rendah apabila kita menyewa bersama rakan-rakan yang ‘sekepala’.

Maklumlah, pelbagai aktiviti boleh dilakukan bersama dan menepati kehendak antara satu sama lain.

Namun kadang kala, hubungan persahabatan juga boleh terputus disebabkan ragam dan sikap sambil lewa seseorang.

Di media sosial, seorang wanita berkongsi tentang adik lelakinya yang sering meluahkan rasa kurang senang sepanjang tempoh menyewa bersama rakan-rakan.

Kasut rakan serumah adiknya yang disidai di atas kereta tanpa kebenaran.

Kasut rakan serumah adiknya yang dijemur di atas kereta tanpa kebenaran.

Katanya, mesej terbaharu yang diterima daripada adiknya memaklumkan bahawa rakan serumah meletakkan kasut di atas keretanya yang baru dibeli.

“Agak-agak otak (kawan) dia letak mana? Ni bukan pelajar tapi rakan serumah yang sudah bekerja.

“Panas hati member (adik), kereta baru seminggu keluar (beli) tapi dah jadi tempat jemur kasut pula,” ujarnya.

Bagi wanita ini, tindakan meletakkan kasut di atas kereta orang lain adalah perbuatan biadab dan kurang sopan.

ARTIKEL BERKAITAN: Mi segera tertumpah, ‘housemate’ rela kaut balik dan makan! Wanita terus belikan mi baharu walau duit sendiri cuma tinggal RM16

ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda sakit hati housemate sewa bilik paling kecil berlagak tuan rumah! Kawal semua ruang, siap keluar memo bayar bil

Tambahan pula ia dilakukan tanpa kebenaran dan pengetahuan pemilik.

Lebih mengejutkan apabila wanita ini turut mendedahkan kesemua rakan serumah adiknya telah berkahwin.

Housemate dia semua dah kahwin, hujung minggu balik rumah kelamin.

“Kadang-kadang isteri bagi makanan... simpan dalam peti sejuk sampai berbulan-bulan, tak sanggup dia nak buka tengok.

Benda ni memang masalah tapi bukan masalah yang perlu dibesarkan. Tahu siapa pelaku so direct terus.

WARGA MAYA

“Singki penuh, atas meja pinggan makan tak berbasuh, sampah sampai berulat... balik kerja penat-penat masuk rumah bau busuk,” kongsinya lagi.

Situasi yang dialami adiknya itu membuatkan wanita ini berasa simpati dan kasihan.

Susulan itu, dia mencadangkan supaya adiknya menggunakan khidmat tukang cuci setiap minggu.

Namun katanya, cadangan itu ditolak kerana adiknya bimbang sikap rakan-rakan serumah menjadi lebih teruk.

Beberapa warga maya juga merasakan perbuatan housemate adik wanita ini adalah kurang sopan.

Beberapa warga maya juga berpandangan perbuatan housemate adik kepada wanita ini kurang sopan.

“Saya cakap, apa kata seminggu sekali panggil cleaner. Dia cakap kalau sekali dipanggil cleaner, mahu menjadi-jadi perangai masing-masing,” tambahnya.

Menjengah ke ruangan komen, warga maya tampil memberikan pandangan masing-masing.

Bagaimanapun, ramai yang menyatakan tindakan meletak atau menjemur kasut di atas kereta adalah amalan biasa malah dia dianggap suka memperbesar-besarkan perkara yang tidak sepatutnya.

Bukan itu sahaja, ada yang menyatakan dia sengaja mahu menunjukkan kereta buatan Jerman itu.

“Benda ni memang masalah tapi bukan masalah yang perlu dibesarkan. Tahu siapa pelaku so direct terus.

“Dari update kat sini, lebih baik kau suruh adik kau tegur. Ni masing-masing macam perempuan.

“Kereta saya Volkswagen juga, apa je yang tak jemur atas tu. Karpet toto bantal semua jemur atas tu. Lama-lama biasalah, harta dunia jangan disayang sangat nanti senang rosak,” demikian antara kritikan warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain