DALAM zaman serba moden hari ini, boleh dikatakan ramai kanak-kanak sudah memiliki gajet sendiri. Lebih membimbangkan, ada kanak-kanak yang tidak berkemampuan memaksa ibu bapa mereka untuk membeli peranti bernilai ribuan ringgit. Di Facebook, seorang peniaga gajet berkongsi tangkap layar mesej yang diterima daripada seorang pelanggan berusia 12 tahun. Ibu bapa perlu memantau penggunaan gajet anak-anak mereka. -Gambar hiasan Dalam kiriman mesej itu, kanak-kanak berkenaan meluahkan hasrat untuk membeli telefon pintar iPhone 15 keluaran Apple. "Assalamualaikum kak. Nak tanya kalau beli iPhone 15 boleh bayar sikit-sikit tak? Akak boleh terangkan tak cara pembayaran tu macam mana? Sebab saya ingat kalau boleh bayar sikit-sikit. "Saya nak ambil iPhone 15. Nak beli ni akak minta kad pengenalan depan belakang dengan slip gaji ke? Sebab saya baru umur 12 tahun," tulis kanak-kanak itu menerusi WhatsApp. Saya dah explain dan dia tanya lagi, jadi saya ambil keputusan nak usik dia secara nakal sikit. PENIAGA GAJET Peniaga berkenaan kemudiannya membalas mesej kanak-kanak itu dan meminta dia menumpukan perhatian terhadap pelajaran terlebih dahulu. "Belajar dulu nanti baru fikir komitmen. Seluar kecil mak ayah belikan lagi tu. Duit nak bayar dengan apa? Tinggi sangat khayalan adik ni," jawab peniaga wanita itu. Perkongsian peniaga itu menerima pelbagai reaksi daripada netizen di Facebook. ARTIKEL BERKAITAN: Dua tahun menabung akhirnya dapat beli iPhone 12 Pro Max... Usaha kanak-kanak ini tolong ibu berniaga berbaloi! ARTIKEL BERKAITAN: Gadis cari khidmat sewa iPhone 16, nak guna 3 hari sahaja untuk ‘flex’... Bukan tak mampu beli, cuma tak mahu ‘upgrade’ lagi "Tak profesional langsung seller menjawab. Aku yakin kalau seller lelaki kebiasaannya tak jawab macam ni. "Tu dia umur 12 tahun nak pakai iPhone. Acik ni pakai Android tahun 2020 lagi. "Tinggi cita-cita nak pakai iPhone 15. Kita yang pakai iPhone 7 ni bertahun fikir bila nak tukar bateri," tulis netizen. Dalam penjelasannya, peniaga itu berkata kanak-kanak tersebut sebenarnya sudah beberapa kali mengajukan soalan sama kepadanya. Tangkap layar yang dikongsi oleh peniaga. Malah, dia turut menafikan bersikap tidak profesional apabila didakwa membalas WhatsApp kanak-kanak berkenaan secara sinis. "Ni mai nak cerita balik, adik ni masuk live, selalu masuk live komen-komen kat live dah explain. Kat WhatsApp pun dah explain. Saya dah explain dan dia tanya lagi, jadi saya ambil keputusan nak usik dia secara nakal sikit. "Nak kata tak profesional, saya rasa dah 13 tahun dah saya berniaga dan berurusan dengan pelanggan. Biasalah kadang-kadang tu nakal, macam hangpa tak pernah buat kalau customer minta kurang kaw-kaw. "Aku ni jarang tanpa bukti. Dari 11 November dia chat, aku explain dengan wanita kesopanan dan kesusilaan," ujarnya lagi. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube