MENGADAKAN jamuan dengan menjemput ahli keluarga terdekat untuk meluangkan masa bersama tentunya dapat mengeratkan hubungan silaturahim. Namun dalam kemeriahan sanak saudara berkumpul, seorang wanita tidak dapat menyembunyikan perasaannya setiap kali menjemput keluarga mentua. Jika sebelum ini dia gemar mengadakan jamuan, namun kini pendiriannya berbeza apabila berhadapan dengan perangai pelik mereka setiap kali dijemput datang ke rumah untuk aktiviti makan-makan. Tetamu memilih hidangan yang disediakan tuan rumah. -Gambar hiasan "Mereka ni jenis tak akan jawab datang atau tak. Kalau WhatsApp beritahu dalam grup tu mereka akan senyap je tak bagi jawapan. "Lagi satu mereka ni jenis tak suka sangat masakan orang. Saya pernah masak nasi Arab, mereka datang bawa lauk sendiri untuk makan nasi dengan saya. "Ingatkan kari kambing yang dia bawa tu untuk makan sama-sama, rupanya dia anak-beranak je yang makan," katanya menerusi satu hantaran di laman sosial. ARTIKEL BERKAITAN: 3 keluarga huni satu flat... Wanita stres ragam mentua, ipar! Kena bertudung 24 jam, terpaksa tahan lapar sampai gastrik ARTIKEL BERKAITAN: Menantu terkejut gaya hidup mentua! Setiap hari bangun lewat, tengah hari baru keluar bilik... 'Bising' kalau tak sedia sarapan Bercerita lanjut katanya, secara kebetulan bapanya turut diundang ke rumah untuk menikmati jamuan yang diadakannya. "Selepas mereka balik, ayah tanya... eh tadi ayah dengar macam ada orang bawa kari kambing, mana karinya?' Kebetulan memang ayah suka makan kari kambing. Lepas habis kenduri kahwin, lauk tu keluarga suami tetap tak makan. Mereka pergi kedai. WANITA "Dalam hati kasihannya bapa aku, dalam masa sama sedih jugalah," ujarnya lagi. Menurut wanita itu, suaminya benar-benar malu dengan sikap atau tindakan ibunya yang amat menjengkelkan. Hanya mampu meluahkan perasaan mengenai hal berkaitan keluarga mentua. -Gambar hiasan Tidak melatah atau membangkitkan kemarahan, sebaliknya si suami memahami keadaan yang dicetuskan oleh keluarganya sendiri. "Suami saya malu gila famili dia buat macam tu. Dia kata... tak apalah, nanti kita bawa abah pergi makan kari kambing," ujarnya. Tambah wanita itu, sebagai menantu dia sudah memahami sikap dan perangai mentuanya itu walaupun ia sukar diterima akal. "Famili mentua saya memang jenis pilih makan. Kalau jiran-jiran bagi pun mereka tak akan makan. Lauk 'bermalam' pun tak akan makan," katanya. Malah, dia mengimbas kembali ketika majlis perkahwinannya diadakan pihak keluarganya yang menyaksikan kehadiran famili suami sebagai tetamu. "Bayangkan lepas habis kenduri kahwin, lauk melambak tu keluarga suami tetap tak makan. Mereka pergi kedai," katanya. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube