suria

Masalah mental ragut bahagia, wanita usia 50 tahun rela bergelar andartu - “Makcik tak mampu jadi isteri solehah”

Setiap individu mengimpikan perkahwinan yang bahagia. -Gambar hiasan

SETIAP individu pasti mengimpikan untuk hidup berpasangan dan meniti alam perkahwinan yang bahagia.

Namun bagi seorang wanita ini, dia lebih selesa untuk meneruskan kehidupan bujang.

Menggelarkan dirinya sebagai 'makcik', wanita berusia 50an itu mengakui dia masih bujang dan pernah merasai kenikmatan hidup berumah tangga.

"Makcik sudah umur 50an sekarang dan tidak pernah bernikah. Muda-muda dulu dalam umur 20an, makcik masih kebudak-budakan.

"Masa tu fikiran belum dewasa sepenuhnya dan belum cukup matang. Masuk umur 30an, makcik terfikir untuk mencari pasangan hidup," ceritanya menerusi satu hantaran di Facebook.

Jodoh dan pertemuan adalah ketentuan Tuhan. -Gambar hiasan

Bukan menolak jodoh, dia meluahkan pernah bertemu dan mengenali beberapa lelaki untuk dijadikan calon suami.

Bagaimanapun dia mempunyai alasan tersendiri untuk tidak meneruskan hubungan dengan mana-mana lelaki ke peringkat lebih serius.

ARTIKEL BERKAITAN: Andartu T20 tak sedar diri, usia cecah 50 tahun aktif bertukar skandal... Paling tak tahan berangan nak kahwin macam lelaki Korea

ARTIKEL BERKAITAN: Risau anak jadi andartu, bapa hulur geng surau buat calon... Siap komplot datang merisik! - “Mak abah suruh kenal hati budi pakcik tu”

"Ada jumpa beberapa calon tapi tidak ada jodoh. Sebabnya makcik ada masalah kesihatan mental.

"Jadi, makcik takut menjadi beban kepada pasangan hidup ketika datang sakit. Makcik tak nak menyusahkan dia.

"Risau makcik tidak mampu jadi isteri yang baik, taat, bertanggungjawab dan solehah. Jadi makcik selalu tarik diri sebelum hubungan itu berlanjutan," ujarnya.

Hidup saya serah pada Allah, masa yang berbaki kita habiskan untuk jaga ibu.

WARGA MAYA

Bercerita lanjut, wanita berkenaan mengakui dia tidak lagi mencari calon suami dan reda bergelar 'andartu' (anak dara tua).

"Masuk umur 40an, makcik sedar lebih baik teruskan hidup sebagai seorang bujang dan makcik belajar untuk terima keadaan makcik seadanya.

"Jadi, makcik berhenti mencari calon pasangan," luahnya lagi dengan tenang.

Mencari ketenangan dengan mengembara. -Gambar hiasan

Menerusi ruangan komen, nampaknya wanita itu tidak keseorangan kerana masih terdapat segelintir warga maya berkongsi nasib yang hampir sama.

Antaranya mereka mengakui masih bujang dan tiada pasangan disebabkan pelbagai faktor, namun tidak menolak sekiranya dipertemukan jodoh.

"Mungkin jodoh makcik datang lepas ni. Tapi kalau tak ada, tak apa. Berteman dengan amalan saja. Saya pun mungkin macam tu juga nanti.

"Kalau makcik sunyi, join la geng-geng surau. Kalau ada duit lebih, boleh cari rumah orang-orang tua supaya ramai kawan. Rumah orang-orang tua sekarang tak macam dulu-dulu. Best je tengok mereka buat macam-macam aktiviti kat sana.

"Saya 43 tahun dan masih belum berjumpa jodoh. Biarlah single kalau ada di masa depan nanti ada la. Jodoh, maut, rezeki itu Allah SWT yang tentukan.

"Saya pun sama jodoh tak ada atas dunia. Puas mencari tapi tak jumpa jodoh juga. Hidup saya serah pada Allah, masa yang berbaki kita habiskan untuk jaga ibu kita je," demikian antara komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain