suria

Jenazah nenek masih terbujur di rumah, cucu disuruh masak lauk ayam... Kasihan tetamu datang ziarah lapar tak makan

Biasanya jiran tetangga akan menguruskan makanan untuk tetamu yang hadir menziarahi si mati. -Gambar hiasan

APABILA berlakunya kematian, ahli keluarga atau waris si mati perlu menguruskan pengebumian jenazah secepat yang mungkin.

Pada masa yang sama, mereka juga perlu berperang dengan emosi selepas diuji hebat dengan pemergian insan tersayang.

Pada ketika itu juga, mereka mungkin langsung tidak berselera untuk makan, apatah lagi jika disuruh menyediakan hidangan buat tetamu.

mait 2

Waris si mati perlu menguruskan pengebumian dan tidak mempunyai masa untuk menyediakan makanan. -Gambar hiasan

Namun, situasi itulah yang menimpa seorang individu apabila dia perlu menyediakan makanan ketika kematian neneknya.

Dalam perkongsian di X, individu itu turut mempersoalkan budaya itu yang diamalkan oleh segelintir masyarakat kita.

"Teringat masa arwah nenek meninggal. kita tengah sedih-sedih nenek baru meninggal, disuruhnya pergi sediakan makan minum untuk orang yang datang.

Sepatutnya jiran-jiran atau keluarga lain yang sediakan makanan, bukan tuan rumah yang sediakan.

NETIZEN

"Literally menangis kat dapur potong ayam. Siapalah yang mulakan budaya makan-makan kepada tetamu masa orang meninggal ni?" tulisnya.

Perkongsian individu itu meraih hampir 6,000 ulang kicau (retweet) dan dihujani pelbagai komen netizen.

ARTIKEL BERKAITAN: Van tak boleh lalu, bapa jalan kaki sejam usung jenazah anak! Netizen malu slogan Sabah Maju Jaya tapi macam makin mundur

ARTIKEL BERKAITAN: Anak mengaku tak fikir panjang, dedah cerita sebenar di sebalik perkongsian video TikTok sebelah jenazah bapa

"Teringat waktu arwah kakak meninggal. Makcik-makcik jiran sebelah sibuk tanya nak order apa untuk tetamu makan. Bukannya nak tanya kami makan ke tidak," tulis netizen.

"Sepatutnya jiran-jiran atau keluarga lain yang sediakan makanan, bukan tuan rumah yang sediakan.

"Di kejiranan saya, ahli kariah masjid akan ambil giliran masak untuk keluarga si mati selama seminggu dan ia diberikan percuma," tulis netizen lagi.

Travis Jingulam cooking his popular oxtail assam pedas dish.

Masyarakat yang prihatin pasti akan membantu jika ada jiran yang berdepan kematian ahli keluarga. -Gambar hiasan

Menurut laman web Mufti Wilayah Persekutuan, tidak terdapat dalil baik dari al-Quran mahupun hadis berkenaan larangan bagi isi rumah yang kematian ahlinya untuk makan di dalam rumah.

Malah, tiada masalah untuk penghuni (ahli keluarga) makan di dalam rumah yang berlakunya kematian bahkan tiada masalah juga untuk bukan ahli keluarga si mati untuk makan di dalam rumah tetapi mestilah mendapatkan keizinan tuan rumah terlebih dahulu.

Adapun yang disunatkan bagi masyarakat sekeliling adalah dengan membantu keluarga si mati dalam menguruskan jenazah bagi meringankan beban keluarga si mati.

Kaum kerabat si mati dan jirannya juga boleh membantu dalam menyediakan makanan kepada ahli keluarga si mati pada siang dan juga malamnya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain