TAMAN permainan tertutup atau indoor playground biasanya dibuka di pusat beli-belah, sekali gus menawarkan variasi tarikan buat pengunjung. Orang ramai bukan sahaja datang untuk berbelanja, malah mereka juga boleh membawa anak-anak bermain dalam suasana yang lebih selamat. Namun, seorang individu di TikTok meluahkan rasa kurang senang terhadap segelintir ibu bapa yang meninggalkan anak-anak di taman permainan itu. Anak kecil tidak sepatutnya ditinggalkan tanpa pengawasan orang dewasa. -Gambar hiasan Menurut pengadu, dia melihat seorang kanak-kanak berusia lingkungan setahun ditinggalkan di lokasi itu tanpa pengawasan orang dewasa. "Masa ni saya bawa anak-anak pergi main taman permainan, tapi nampak seorang budak kecil lingkungan umur anak saya, umur setahun main seorang diri je tanpa pengawasan mak dia. "Kesian budak tu, tak menangis, tak menjerit, duduk je diam-diam main. Mungkin dah biasa kena tinggal. Selepas sejam mak dia sampai dengan bawa beg beli-belah... terkejut ya. Kami bukan pengasuh nak ikut anak dia 24 jam dalam ni... lagi pun pelbagai jenis umur yang masuk main. PEKERJA TAMAN PERMAINAN "Boleh dia tinggalkan anak macam tu je semata-mata nak membeli-belah dengan tenang. Tolong ya mak ayah peka tentang keselamatan anak," kongsi individu itu. Dia bagaimanapun tidak mendedahkan lokasi taman permainan tertutup yang dikunjunginya. Hantaran itu meraih perhatian orang ramai yang mendedahkan ia merupakan satu situasi biasa di kebanyakan taman permainan tertutup. ARTIKEL BERKAITAN: Bayi baru lahir terus disuap makanan, ibu jamu bubur pisang... Ramai bimbang kesihatan anak masih dalam bedung terancam! ARTIKEL BERKAITAN: Mentua suka banding wajah, siapa lebih comel... Menantu terpaksa ‘sound’, asyik suruh picit hidung cucu baru lahir nak bagi mancung "Ada jumpa budak main kat tempat macam ni juga. Dekat tiga jam mak ayah dia tak datang. Anak umur empat tahun pandai cakap. "Dia kata mak ayah dia tengok wayang. Tak tahu nak kata apa," kongsi seorang individu di ruangan komen. Hantaran itu turut mendapat perhatian seorang pekerja taman permainan tertutup yang mengesahkan ia juga merupakan satu situasi biasa. Jelas pekerja itu, dia risau kakitangan taman permainan bakal disalahkan sekiranya berlaku perkara buruk ke atas kanak-kanak. Kanak-kanak terdedah kepada bahaya jika tidak diawasi ketika bermain. -Gambar hiasan "Saya yang kerja indoor playground pun kadang sampai bertekak dengan pelanggan sebab benda macam ni. Anak umur setahun tinggal kat sini. "Tak tahu apa perasaan mak-mak yang tinggalkan anak dengan orang tak dikenali. Buatnya patah riuk siapa nak disalahkan? Mesti kami di kaunter yang disalahkan. "Kami bukan pengasuh nak ikut anak dia 24 jam dalam ni. Lagi pun pelbagai jenis umur yang masuk main. Paling takut trampoline. Yang besar melompat, yang kecil terbaring. Risau kena pijak," tulis pekerja itu. Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube