suria

“Maaf tiada duit kecil” - Ibu pedih dapat mesej cikgu, permintaan pinjam duit untuk anak beli makanan di kantin tak dilayan

Ibu bapa akan menetapkan jumlah wang tertentu untuk perbelanjaan anak di sekolah.

SELAIN menyiapkan pakaian seragam dan kelengkapan sekolah, bekal makanan untuk anak-anak turut menjadi keutamaan bagi ibu bapa.

Namun bagi segelintir ibu bapa yang sibuk bekerja, mereka lebih memilih memberikan wang saku kepada anak-anak bagi membolehkan si kecil berbelanja di kantin sekolah pada waktu rehat.

Bagaimanapun dalam keadaan tergesa-gesa, boleh berlaku situasi yang mana anak-anak terlupa membawa wang belanja ke sekolah.

"Anak terlupa bawa duit belanja. Minta dengan cikgu, tapi cikgu tak beri. Sampai hati cikgu," demikian kata seorang ibu yang luahannya tular di media sosial.

Anak-anak dihantar ke sekolah untuk mendapatkan ilmu. -Gambar hiasan

Mengulas mengenai hantaran tersebut, seorang wanita mengakui sebagai ibu dia juga mengakui pernah melalui pengalaman terlupa untuk memberikan wang belanja sekolah kepada anaknya.

Malah dakwanya, cubaan untuk meminta bantuan daripada guru sekolah bagi meminjamkan wang kepadanya tidak berhasil.

ARTIKEL BERKAITAN: Anak dicemuh bawa syiling beli roti dan sardin, juruwang merungut kena kira setiap sen... Ibu tahan sabar demi bekal sekolah

ARTIKEL BERKAITAN: Tak pandang duit syiling, mengamuk sebelum turun kereta... Kelakuan budak lelaki saat ibu hulur wang belanja buat ramai urut dada

"Betul-betul lupa bagi anak duit belanja. Mesej cikgu untuk pinjamkan duit, nanti esok saya suruh anak bayar balik.

"Jawapan cikgu... minta maaf, saya pun tak ada duit kecil'," luahnya menerusi satu hantaran di laman sosial tanpa mendedahkan lokasi dan nama sekolah anaknya.

Patutnya transfer terus duit kat cikgu... dengan duit tu, cikgu belikan makanan untuk anak awak.

WARGA MAYA

Bercerita lanjut, wanita itu berkata dia bertanyakan mengenai keadaan anaknya sejurus selepas pulang dari sekolah.

"Balik je, saya terus tanya anak makan apa tadi? Anak jawab ada kawan belanja keropok lekor. Alhamdulillah, Allah tetap bagi rezeki," ujarnya yang turut tidak mendedahkan umur anaknya itu, namun dipercayai masih bersekolah rendah.

Guru juga mempunyai komitmen mereka tersendiri. -Gambar hiasan

Di ruangan komen, pelbagai reaksi dan pandangan yang diberikan oleh warga maya mengenai tindakan si ibu yang mahu meminjam wang daripada guru anaknya.

"Patutnya awak transfer terus duit kat cikgu. Dengan duit tu, cikgu belikan makanan untuk anak awak. Pinjam duit ni selalu memang takkan pulang. Bukan tak percaya, tapi memang tak boleh percaya langsung.

"Kenapa nak salahkan cikgu? Cikgu bukan nak layan anak awak seorang. Hakikatnya bukan anak awak seorang yang mak ayah mereka terlupa beri duit belanja.

"Anak saya beberapa kali dah lupa bawa duit. Bukan tak beri, dia yang tak masukkan dalam poket. Saya biar je dia, pelajaran untuk dia tak lupa lain kali. Mereka okay je sebenarnya, pukul 12 tengah hari dah balik.

"Mak ayah yang jenis tak boleh tengok anak susah. Budak zaman dulu, okay je tak ada duit belanja. Baru sehari pun dah macam apa dah. Dulu aku, tak ada duit belanja sekolah pun hidup juga," komen warga maya.

Jadilah sebahagian daripada geng mStar! Follow kami di Telegram, Twitter, TikTok, Facebook, Instagram dan YouTube

Banyak video best di YouTube mStar! Rugi kalau tak follow. Klik kat sini!

Artikel Lain